> AKTIVITY MPP > MPP Anjur Sambutan Hari Guru UPSI 2018
MPP Anjur Sambutan Hari Guru UPSI 2018
MUHAMAD AZAM SUPIAN, UPSI Rabu | 16 Mei 2018

Guru tulang belakang utama sesebuah negara dalam konteks pendidikan yang membentuk anak bangsa yang holistik. Bagi meraikan jasa dan pengorbanan mereka yang bergelar pendidik, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2017/2018 dengan kerjasama Fakulti Pembangunan Manusia (FPM) dan Staf-staf Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menganjurkan sambutan hari guru dengan meriahnya. Hampir 3000 hadirin terdiri daripada staf akademik dan pelajar-pelajar UPSI membanjiri Dewan Tuanku Canselor dalam sambutan ini.

Wajah-wajah ceria bakal pendidik yang hadir dalam Majlis Sambutan Hari yang diadakan pada hari ini.

Pada tahun ini, MPP yang diketuai Fakharuddin Aiman Jamal selaku Pengarah Program menyeru supaya warga UPSI yang bakal menjadi guru sentiasa berpandangan hadapan dalam membentuk anak bangsa negara yang tercinta.

Ucapan perasmian yang disampaikan oleh Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr Mohammad Shatar bin Sabran, menegaskan kualiti guru yang terbaik diperlukan pada masa kini untuk membentuk anak murid yang terdidik akan di realisasikan oleh warga UPSI suatu hari nanti. Keikhlasan, kejujuran dan kasih sayang antara bahan yang perlu ada pada jiwa seseorang pendidik bergelar guru.

Bagi YDP MPP UPSI, Muhamad Azam Supian, tanggal 16 Mei saban tahun, sangat bermakna kepada guru-guru di Malaysia yang telah banyak berjasa kepada pembangunan insan dan negara. Inilah waktu terbaik untuk warga negara luahkan setinggi-tinggi rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap mereka yang telah banyak berbudi kepada agama, bangsa dan juga negara. Mereka merupakan insan yang sentiasa menjunjung aspirasi negara tidak kira masa dan tenaga serta wang ringgit dalam memastikan agenda pendidikan negara tercapai.

4
Muhamad Azam Supian

Bukan itu sahaja, bagi Muhamad Azam, tugas guru bukan sekadar mengajar tetapi mendidik anak bangsa negara dalam membina ilmu dan akhlak murid-murid. Guru memainkan peranan yang penting dalam mendidik modal insan yang bakal menerajui negara ke arah menjadi negara maju yang sejahtera, berinovasi dan berdaya saing dalam pelbagai bidang di peringkat antarabangsa.

Tema hari guru pada tahun ini, Guru Pemacu Transformasi Pendidikan jika dilihat secara halus, maka nampak dengan jelas bahawa tugas guru semakin mencabar kerana zaman dan keadaan telah berubah maka guru sebagai pemacu transformasi (perubahan) pendidikan negara perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan.

2
Warga UPSI yang membanjiri Dewan Tuanku Cancelor bagi meraikan sambutan Hari Guru.

Sambutan kali ini telah mengangkat Datuk Haji Kamarudin Haji Ismail sebagai penerima Anugerah Tokoh Alumni dan Anugerah Tokoh Guru disandang oleh Datuk Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Majid, manakala Anugerah Tokoh Khas diberikan kepada Prof. Dr. Rosly bin Jaafar. Seramai 7 orang pensyarah juga telah menerima Anugerah Tokoh Fakulti yang terdiri daripada Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Fakulti Sains dan Matematik, Fakulti Pembangunan Manusia, Fakulti Seni dan Industri Kreatif, Fakulti Sains Kemanusiaan, Fakulti Teknik dan Vokasional dan Fakulti Seni Muzik dan Tari.

Disediakan Oleh:

Muhamad Azam bin Supian

(YDP Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris)


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...