> > Tarikh Keputusan Permohonan UPUOnline bagi sesi akademik 2018/2019
Tarikh Keputusan Permohonan UPUOnline bagi sesi akademik 2018/2019
WARTAWAN KAMPUS UOLS 18 May 2018
1. Keputusan permohonan kemasukan ke universiti awam (UA), politeknik, kolej komuniti dan ILKA bagi calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk kemasukan ke Program Pengajian Asasi, Sijil dan Diploma 2018 / 2019 akan diumumkan mulai pada 21 Mei 2018 (Isnin), 12.00 tengah hari melalui saluran UPUPocket, SMS - 15888 dan laman web UA terpilih serta laman web UPU.

2. Pemohon yang BERJAYA akan mendapat surat tawaran yang dikeluarkan sendiri oleh UA, politeknik, kolej komuniti serta ILKA. Untuk mengesahkan tawaran tersebut, pemohon perlu menjawab surat SETUJU TERIMA TAWARAN dalam tempoh yang ditetapkan (seperti dinyatakan dalam surat tawaran). Tarikh pendaftaran di UA, politeknik, kolej komuniti dan ILKA adalah seperti di Lampiran 1.

3. Tawaran tempat bagi sesi akademik 2018 /2019 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran TIDAK DIBENARKAN. Pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke UA, politeknik, kolej komuniti dan ILKA boleh mengemukakan rayuan seperti berikut:

i. rayuan ke UA dan Politeknik Premier melalui UPU Online Rayuan di URL http://upu.mohe.gov.my dalam tempoh lima (5) hari bekerja sahaja mulai 21 Mei 2018 (jam 12.00 tengah hari) sehingga 25 Mei 2018 (jam 11.59 malam).

ii. rayuan ke Politeknik Konvensional/ Politeknik METrO, Kolej Komuniti dan ILKA boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan terus kepada agensi berkaitan.

4. Dasar pemilihan rayuan pelajar adalah TERTAKLUK kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

5. Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) akan membuka kaunter khidmat runding cara permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti, ILKA di Ruang Legar, Bangunan Kementerian Pendidikan Tinggi, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62200 W.P. Putrajaya mulai 21 Mei 2018 sehingga 13 Jun 2018 (jam 08:30 pagi hingga 04:00 petang Isnin - Jumaat sahaja) bagi memudahkan pemohon membuat semakan dan mendapatkan khidmat runding cara dengan lebih jelas.

6. Pemohon juga boleh menghubungi talian hotline 03-8870 8200 untuk bantuan dan penerangan. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:

BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR

JABATAN PENDIDIKAN TINGGI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

ARAS 4, NO. 2, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5

62200 PUTRAJAYA

No. Tel : 03-8870 8200

E-mel : [email protected]

Mobile Apps: UPUPocket

Laman Sosial: Facebook : KEMASUKAN BPKP JPT

Twitter : @TWT_UPU

Instagram : @KEMASUKANBPKP

Jabatan Pendidikan Tinggi

17 Mei 2018


2


3


1

Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...