U-8Tive > SUKIPT > UiTM Shah Alam menang 2 emas, kedua acara keseluruhan PBBM
UiTM Shah Alam menang 2 emas, kedua acara keseluruhan PBBM
NORAFIZA JAAFAR 21 May 2018
SHAH ALAM - Pasukan lelaki dan wanita Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam membawa pulang dua emas di Kejohanan Sukan Pantai Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM) 2018, baru-baru ini.

UiTM dalam satu kenyataan memaklumkan, pasukan lelaki menewaskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan keputusan 13-8 pada perlawanan akhir petanque. Sementara pasukan wanita pula mengalahkan wakil dari Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah dengan keputusan 13 berbalas 9.

“Pasukan petanque UiTM Shah Alam terdiri daripada kakitangan berentap pada kejohanan tersebut di Pantai Cenang Langkawi diiringi diketuai juru latih petanque kebangsaan, Syed Ali Syed Akil yang berlangsung selama tiga hari. Kejohanan disertai oleh 24 agensi dari seluruh negara melibatkan jumlah penyertaan kira-kira 508 orang atlet dan pegawai,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, UiTM mendapat tempat kedua bagi acara keseluruhan dengan dengan merangkul dua emas dan dua gangsa.

“DBKL berjaya menjadi juara keseluruhan bagi edisi kali ketiga ini dengan pungutan dua pingat emas, satu perak dan dua gangsa. Tujuh acara dipertandingkan dalam Kejohanan Sukan Pantai iaitu bola sepak, bola tampar, petanque, bola jaring dan sepak takraw,” katanya.

Program merupakan anjuran Persatuan Badan Berkanun Malaysia dengan kerjasama UiTM, Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan dan Lembaga Pembangunan Langkawi.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sukan dan Rekreasi PBBM bagi penggal 2016 - 2018.

Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...