> AKTIVITY MPP > Ada sesuatu yang buat MPP UniSZA terkesan di bumi Turki..
Ada sesuatu yang buat MPP UniSZA terkesan di bumi Turki..
MPP UNISZA Selasa | 22 Mei 2018

Terkenal dengan jolokan ibu kota yang tersirat dengan kekayaan sejarah dan tamadunnya, Turki telah menjadi destinasi pilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Sesi 2016/2017 untuk melaksanakan program pengantarabangsaan mereka.

Menurut Pengarah Program, Muhammad Ammar Rafiq Ruslan, selain mendekati dan memahami budaya masyarakat di sana, para peserta turut menjalinkan hubungan antarabangsa menerusi lawatan akademik ke dua buah universiti iaitu Universiti Marmara dan Universiti Istanbul dalam program jelajah bermula 15 hingga 25 Mac 2018 itu.

Para peserta seramai 25 siswa dan 3 pegawai juga telah menyantuni para pelarian Syria di sekitar bandar dan berkunjung ke Yayasan Pelarian Syria di Istanbul, sebuah badan amal yang membantu para pelarian.

Antara pengalaman kemanusiaan dan kesukarelawan yang tak mungkin dilupakan di bumi Turki.
Antara pengalaman kemanusiaan dan kesukarelawan yang tak mungkin dilupakan di bumi Turki.

“Kunjungan kami ke Yayasan Pelarian Syria adalah bagi membawa hasrat mahasiswa UniSZA yang menyumbangkan dana sebanyak hampir RM4,000 kepada Pelarian Syria di Turki menerusi Program 1 Mahasiswa 1 Ringgit,” katanya.

Para peserta juga telah mempamerkan sisi kebudayaan negara menerusi persembahan kebudayaan, persembahan seni bela diri dan peragaan pakaian tradisional.

"Program jelajah ini merupakan pengalaman yang tidak mungkin dilupakan kerana dapat berkongsi kekayaan tradisional negara di peringkat antarabangsa," kata salah seorang peserta, Nur Iziatul Athirah M.Daud.

Rombongan MPP UniSZA mengabadikan kenangan berlatarbelakangkan bangunan-bangunan di Turki.
Rombongan MPP UniSZA mengabadikan kenangan berlatarbelakangkan bangunan-bangunan di Turki.

Bagi seorang lagi peserta, Muhammad Ammar, lawatan ini tidak lengkap tanpa mengunjungi tempat-tempat bersejarah seperti Masjid Biru, Muzium Hagia Sophia, Atartuk Pavillion, Masjid Sulaymaniye dan banyak lagi kawasan terkenal dengan keindahan landskap dan kekayaan sejarahnya.

"Meskipun kebanyakan bangunan sudah berusia lebih 100 tahun, seni binanya tetap teguh membuatkan kita kagum dengan kehebatan arkiteknya," ujarnya berkongsi pengalaman.

Ketua Delegasi, Salman Lambak yang juga Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Holistik Pelajar UniSZA menyifatkan program ini sebagai berjaya mencapai objektifnya kerana persiapan sebelum dan semasa program adalah digerakkan sendiri oleh siswa termasuk mencari penajaan.

“Pendedahan di peringkat antarabangsa merupakan sesuatu yang sangat berharga termasuklah pengalaman dalam menguruskan program iaitu fasa sebelum, semasa dan selepas program,” katanya.

Di hadapan salah sebuah bangunan bersejarah.
Di hadapan salah sebuah bangunan bersejarah.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...