U-In-News > ISU > Pelajar ini dedah pengalaman jadi askar wataniah...yang no 16 tu paling ngeri 
Pelajar ini dedah pengalaman jadi askar wataniah...yang no 16 tu paling ngeri 
ZALMIMAZURA ZAHARI 23 May 2018
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.

Ya, sememangnya itulah realitinya. Bagi Nurul Ain Amani Che Musa, 20 tahun, mahasiswa dari Politeknik Port Dickson ini dia memilih latihan lasak dengan memasuki Kursus Asas Perajurit Muda Askar Wataniah sejak dari semester 1 lagi walaupun pada dasarnya untuk mengisi cuti semester selain ingin mencari pengalaman.

Nurul Ain Amani Che Musa

Dia pada mulanya tidak menyangka sama sekali begitu ‘agresif’ latihan perlu diterima, namun lama- kelamaan dia sudah boleh menerima dan kini setiap kali cuti semester masa akan diisi dengan menyertai latihan askar wataniah.

Berikut Ain berkongsi pengalamannya selama sebulan di Kem Rejimen 508 Askar Wataniah, Rasah, Seremban.

1. Setiap hari kena bangun pukul 4 pagi, beratur panjang nak mandi sebab bilik air ada 3 je. Mandi kena cepat sebab pukul 5.30 pagi kena ada kat surau untuk solat Subuh berjemaah.

2. Lepas solat Subuh terus beratur untuk makan. Dan masa makan hanya diberi 15 minit saja. Nasi pun diberi sedikit sorang sebab ramai lagi yang beratur nak makan. Kalau sorang lambat makan semua kena ragging.

3. Kalau nak pergi mana-mana memang sentiasa dalam keadaan berkawad dan tak boleh berseorangan agar lebih berdisiplin.

4. Seminggu belajar berkawad dan seminggu belajar senjata M16. Memang dugaan belajar dalam keadaan panas terik.

5. Pada pukul 11 malam semua akan berkumpul dengan membawa satu botol besar air kosong untuk water parade.

6. Semua akan minum air serentak dalam masa 3 minit dan sesiapa yang lambat akan diisi penuh semula. Masa tu ramai yang muntah air sebab memang perut full sampai tak boleh duduk.

7. Dan setiap malam akan tidur pukul 1 pagi dan bangun 4 pagi macam biasa. Hanya ada masa 3 jam untuk tidur. Memang ‘koyak’ mental.

8. Minggu ke-3 paling best sebab latihan menembak dekat lapang sasar. Setiap orang akan dibekalkan 20 butir isi peluru untuk percubaan. Dan 20 butir lagi untuk dikira mata dalam 4 keadaan: meniarap, melutut, duduk dan berdiri.

Berikut pengalaman Ain di dalam hutan Lipur, Lenggeng sewaktu menerima latihan.

9. Sampai hutan memang kena bersihkan kawasan untuk dibuat pengkalan tempat tidur. Hanya beralaskan tanah.

Ain (kanan) bersama rakan-rakan setelah tamat sesi latihan.

10. Kena tahu cara berkomunikasi bahasa isyarat askar dalam hutan. Sentiasa dalam keadaan senyap.

Kena ragging berendam dalam sungai.

11. Setiap hari kena ragging disebabkan kesalahan kami buat. Kena guling, pacak kepala dan berendam dalam sungai.

12. Hanya dibekalkan satu plastik beg makanan tentera seberat 3 kg. Dalam tu ada macam-macam menu. Ayam masak merah, daging masak kurma, sambal sotong, bubur kacang hijau, teh uncang dan banyak lagi. Semuanya sedap-sedap!

13. Senjata memang sentiasa kena pegang walaupun nak buang ‘hajat kecil’ dan sentiasa dibawa bersama. Tak boleh bagi kawan pegang sebab kalau hilang memang padah akibatnya.

14. Pukul 12 tengah malam kena campak tengah hutan dengan skuad dan kena berjaga untuk perhatikan musuh.

15. Pukul 3-4 pagi dah lengkap dengan ‘backpack’, senjata M16 dan helmet nato untuk buat serangan khemah musuh. Kesannya mengantuk sangat-sangat, sampai sambil jalan pun boleh tidur.

Ain kena denda pacak kepala dalam air.

16. Awal-awal pagi dah kena rendam dalam sungai sebab pakaian memang dah berlumpur teruk kerana buat serangan dalam keadaan hujan lebat dan berlecak. Pacak kepala dalam air pun ada.

17. Memang tak ada masa nak mandi bagai. Itu pun nasib kena rendam. Nak buang hajat kecil atau besar pun pandai-pandai la masuk tengah hutan sikit. Memang tak disediakan tandas.

Kek Medan hasil ciptaan Ain dan rakan-rakan.

18. Sempat buat ‘kek medan’ memang sedap, hanya guna biskut, coklat choki-choki dan sirap nanas. Itu pun sebab pandai curi masa.

19. Hari terakhir ialah malam akrab iaitu malam perpisahan. Ada team yang buat Hakka, tarian dan karaoke. Memang best dapat sambut dengan jurulatih yang garang tapi sporting pada malam itu.

Ain bergambar kenangan bersama rakan-rakan yang menyertai Kursus Asas Perajurit Muda Askar Wataniah.

20. Sebelum hari penutup pun kena ragging lagi sebab dah keras kepala kononnya freedom. Tapi itu adalah kenangan dan pengalaman terindah yang perit dan tidak dapat dilupakan.

Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...