> > Honor 9 Lite, lebih dari sekadar pintar terutama untuk yang gila swafoto
Honor 9 Lite, lebih dari sekadar pintar terutama untuk yang gila swafoto
4 June 2018
MELIHAT hasil gambar makanan yang diambil dengan HONOR 9 Lite keluaran Huawei Technologies Co Ltd, adalah satu kepuasan bagi si pemiliknya. Anda akan kagum dengan gambar makanan yang sangat hidup dan memecahkan selera.

Bukan itu sahaja, dengan keadaannya yang ringan dan terletak cantik dalam genggam. Ia juga akan menjadikan percutian anda terabadi dalam rakaman lensa yang sangat indah.

Honor 9 Lite, memang mampu milik. Malah jika anda membelinya di platform ecommerce, Shoppee, anda akan mendapat harga yang sangat berbaloi untuk kelebihan yang ditawarkan oleh jenama ini. Ia sekarang mendapat sambutan yang sangat baik di pasaran Malaysia.

Honor 9 Lite memiliki kemasan seakan cermin pada bahagian panel belakang juga dilapisi gelas 2.5D pada bahagian belakang dan hadapan. Telefon pintar ini hadir dengan skrin paparan berukuran 5.65-inci dengan nisbah 18:9 atau lebih popular dengan panggilan Fullview. Skrin paparan IPS LCD ini memiliki resolusi FHD+ iaitu 2160 x 1080 dengan kepadatan piksel 428ppi.

Selain itu, Honor 9 Lite didatangkan dengan dua warna iaitu kelabu dan biru yang mana warna biru boleh dikatakan sangat berkilau. Honor 9 Lite juga amat selesa digunakan dengan sebelah tangan walaupun memiliki skrin paparan yang lebih tinggi.

Honor 9 Lite


Selain mengeluarkan telefon pintar, Huawei juga mengeluarkan pemproses mereka tersendiri di bawah nama Kirin dan Honor 9 Lite turut hadir dengan pemproses Kirin 695 yang turut digunakan pada model Huawei Nova 2i.

GPU yang disertakan dengan Honor 9 Lite adalah Mali T-830 MP2 yang mana prestasi grafik ditawarkan adalah baik. Mengenai pembesar suara, Honor 9 Lite menawarkan kelantangan pembesar suara pada tahap memuaskan iaitu tidak terlalu lantang dan tidak terlalu perlahan.

Honor 9 Lite juga hadir dengan sensor cap jari pada bahagian belakang dan ia mempunyai waktu respons sekitar 0.3 saat selain mempunyai sokongan pembacaan cap jari 360 darjah.

Telefon pintar ini hadir dengan teknologi dwikamera yang mana ia ditawarkan pada bahagian belakang dan hadapan sekali gus layak dikatakan ia sebagai telefon pintar dengan empat kamera. Kamera Honor 9 Lite adalah unit kamera 13MP + 2MP yang mana unit kamera kedua ini disertakan khas untuk memberikan fungsi pengambilan gambar potret.

Selain itu, imej yang diambil melalui Honor 9 Lite mempunyai hasil memuaskan menerusi beberapa ciri ditawarkan seperti pencantik gambar swafoto 10 tahap, penetapan kamera belakang, gambar mod moving picture dan pengambilan video.

Honor 9 Lite juga amat selesa digunakan dengan sebelah tangan.
Honor 9 Lite juga amat selesa digunakan dengan sebelah tangan.

Honor 9 Lite juga hadir dengan kamera swafoto yang sama seperti pada bahagian belakang iaitu unit 13MP + 2MP. Hasil gambar dari kamera hadapan dan belakang lebih kurang sama di mana ia berada pada tahap memuaskan.

Dalam pada itu, bateri berkapasiti 3,000mAh turut didatangkan bersama telefon pintar ini. Ia adalah kapasiti ideal bagi telefon pintar saiz ini dan penggunaan bateri Honor 9 Lite adalah efisien dan mampu menawarkan tenaga cukup untuk melalui rutin harian pengguna. Reka bentuk Honor 9 Lite juga tidak mendedahkan realiti bahawa telefon pintar ini sebagai model entry-level.

Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...