Uni-Kita > AKTIVITI KAMPUS > Juadah iftar menu antarabangsa rai Anak Yatim Nur Iman
Juadah iftar menu antarabangsa rai Anak Yatim Nur Iman
Seramai 100 mahasiswa antarabangsa Universiti Malaysia Pahang (UMP) bergotong-royong memasak juadah berbuka puasa dalam program Iftar anjuran Pejabat Antarabangsa UMP bagi menceriakan 150 orang anak-anak di Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman yang terletak di Kuantan.

Menariknya mahasiswa antarabangsa dari negara Yaman, Iraq, Mesir, Somalia,Tanzania, Sudan, Pakistan dan Bangladesh ini menyediakan juadah tradisi negara masing-masing antaranya masakan Mutton Masala (Bangladesh), Chicken Karahi (Pakistan) Fasoulia (Iraq), Kushaf (Egypt), Magrood (Libya) dan Basbousa (Sudan) untuk dinikmati semasa berbuka puasa.

Pengarah Pejabat Antarabangsa, Dr. Nik Aloesnita Nik Mohd Alwi berkata, program ini merupakan inisiatif mahasiswa antarabangsa sendiri untuk berkongsi pengalaman mengimarahkan Ramadan serta beramah mesra dengan penghuni di rumah anak yatim ini.

Pengarah Pejabat Antarabangsa, Dr. Nik Aloesnita Nik Mohd Alwi bersama pelajar antarabangsa UMP dan sebahagian anak-anak dari Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman yang berpeluang menikmati menu antarabangsa dalam program iftar baru-baru ini.

“Peluang menyediakan juadah berbuka puasa bersama menu antarabangsa ini pastinya menjadi ingatan anak-anak dan pelajar sendiri sangat teruja. Bahkan mereka dapat menimba pengalaman baharu di sini di samping mengubat kerinduan kepada keluarga di kampung halaman,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya telah mengadakan pelbagai program bagi memberi peluang mahasiswa luar negara merasai sendiri pengalaman berpuasa di negara ini yang mungkin berbeza di tempat lain. Ini termasuklah menikmati juadah menu tempatan di bazar Ramadan, bertarawih, bertadarus dan berbuka puasa di masjid UMP.

Sementara itu, Yang Dipertua Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman, Ustaz Haji Badrul Huzaini menghargai kerjasama UMP dalam penganjuran program ini. Beliau dapat melihat anak-anak ini terlalu gembira apatah lagi menerima sumbangan duit raya dan teruja kerana dapat menikmati makanan dari pelbagai negara.

Pihaknya amat menghargai kerjasama UMP yang sentiasa memberi sokongan dengan penganjuran pelbagai program dan memberi sumbangan untuk dimanfaatkan penghuni di sini.

Bagi pelajar antarabangsa UMP, Abdelmadjid Benraghda dari Algeria berkata, penyediaan juadah bermula pada jam 1 petang dengan aktiviti menyiang, memasak dan menghidangkan makanan. Ujarnya, mereka menyediakan juadah ini bagi menggembirakan kanak-kanak di sini serta memperkenalkan hidangan dari pelbagai negara.

Beliau juga melahirkan perasaan gembira dapat bersama–sama berbuka puasa dan menunaikan solat terawih berjemaah malahan mereka juga mengadakan Kelas Bahasa Arab kepada anak-anak di sini.

Manakala mahasiswa pengajian program kedoktoran dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam, Ashraf a. alamen Teara juga berkongsi kegembiraan apabila berjaya menyediakan masakan menu Libya untuk dinikmati penghuni di sini.

Mahasiswa pengajian program kedoktoran dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam, Ashraf a. alamen Teara menyediakan masakan menu Libya untuk dinikmati penghuni di sini.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...