U-In-News > SEL KL > Pelajar FPM UiTM Puncak Perdana agih 700 bekas bubur lambuk
Pelajar FPM UiTM Puncak Perdana agih 700 bekas bubur lambuk
WARTAWAN KAMPUS UOLS 13 June 2018
Pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana dengan dengan kerjasama Surau Al-Ikhwan dan Sekolah Kafa Integrasi Al-Ikhwan telah berjaya menganjurkan Program Bubur Lambuk FPM baru-baru ini.

Program diterajui pelajar kursus Public Relation and Information Works ini telah memilih program bubur lambuk sebagai projek kelas mereka. Di samping dapat memenuhi objektif pembelajaran, mereka juga dapat beribadah pada bulan yang mulia ini.

Pelajar-pelajar tersebut telah mendapat bantuan daripada penduduk di situ dalam menyediakan bubur lambuk. Bukan sahaja aktiviti memasak bubur lambuk, mereka juga telah mengadakan beberapa aktiviti bersama-sama pelajar Sekolah Integrasi Kafa Al-Ikhwan yang terdiri daripada murid darjah 1 hingga darjah 3.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan seperti mari mengeja, mewarna, pertandingan membaca, teka silang kata dan pelbagai lagi yang turut menawarkan hadiah-hadiah menarik kepada pemenang.

“Sebanyak 700 pek bubur lambuk telah disediakan dan diagihkan kepada jemaah solat Jumaat dan juga kepada pensyarah dan pelajar UiTM Puncak Perdana,” kata Mohd Haikal Zalmi selaku ketua projek program berkenaan.

Mohd Zaihan (tiga, kiri) bergambar bersama sebahagian pelajarnya dan penduduk yang membantu dalam penyediaan bubur lambuk di Puncak Perdana baru-baru ini.

Selain itu, aktiviti gotong-royong juga diadakan sebelum solat Jumaat.

Mohd Zaihan Hussein, selaku penasihat program juga memberitahu, akan sentiasa menggalakkan pelajar untuk terlibat dalam program seumpama ini.

"Ini kerana, para pelajar bukan saja dapat membantu penduduk di sini, bahkan dapat menambahkan lagi kemahiran berkomunikasi dan memberikan pendedahan kepada pelajar berkenaan prosedur dan gerak kerja dalam melaksanakan sesebuah program," katanya.

Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...