U-SHARE > IKON > Rupa-rupanya, inilah orang kuat sofbol PSMZA hingga ke persada antarabangsa tu...
Rupa-rupanya, inilah orang kuat sofbol PSMZA hingga ke persada antarabangsa tu...
NURUL ZAILA MOHD TAHIR 13 June 2018
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) antara institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang banyak melakar kemenangan dalam arena sukan sofbol. Malah, terpilih sebagai pusat pembangunan sukan (PPS) sofbol sejak 2012 dan PSMZA juga antara empat IPT diiktiraf mempunyai padang sofbol sebenar yang lengkap.

Di sebalik lakaran kejayaan itu sudah tentu ada penggeraknya dan tidak lain tidak bukan ialah Ketua Program Diploma Elektronik Perhubungan PSMZA, Saiful Azizi Abdullah, Penyelaras Pusat Pembangunan Sukan Sofbol Malaysia yang diberi mandat untuk mengendalikan sukan sofbol sejak ia diperkenal dan diperluas di politeknik seluruh Malaysia dan IPT.

Saiful Azizi menerima anugerah dalam salah satu majlis penghargaan.

Menurutnya, sukan itu juga sedang melakar ke arah lebih tinggi dan sudah menjadi salah satu acara sukan penting di politeknik.

“Bermula 2005 sukan sofbol diperkenalkan saya memang terlibat secara langsung untuk membangun dan menubuhkan pasukan. Saya juga menjadi jurulatih kepada pelajar dan pertandingan kali pertama adalah di Melaka. Selain penyelaras PPS Sofbol politeknik Malaysia, saya dilantik sebagai Pengerusi Teknik Sofbol Politeknik Malaysia, Pengurus Pasukan Politeknik Malaysia dan Pengurus pasukan PSMZA,” katanya.

Tugas sebagai pensyarah tidak menghalang untuk bersukan.

Lakar pelbagai kejayaan

Beliau menggalas tanggungjawab besar untuk membangunkan sukan tersebut dan dari ke hari ia menampakkan perkembangan positif.

“Saya selaku penyelaras kena dapatkan pemain, kena buat promosi dan pelbagai lagi usaha. Sukan ini mempunyai kelebihan tersendiri yang menguji ketahanan mental dan fizikal serta boleh pergi lebih jauh hingga ke persada antarabangsa,” katanya.

Pelbagai anugerah berjaya dilakar oleh Saiful Azizi.

Sasar lebih ramai atlet ke peringkat antarabangsa

Sepanjang memegang jawatan penting dalam arena sofbol Malaysia, Saiful Azizi mencipta banyak kemenangan dan sejarah.

“PSMZA kini semakin dikenali dan menjadi salah sebuah lokasi untuk pertandingan sofbol antarabangsa. Kita juga berjaya membawa pasukan sofbol ke luar negara termasuk

di Thailand, Iran, Singapura, Indonesia. Banyak pasukan kita telah mencatat kejayaan membanggakan sama ada dalam dan luar negara. Kita juga berjaya melahirkan atlet yang hebat dan makin mara ke hadapan,” katanya.

Barisan kepimpinan pasukan sofbol politeknik Malaysia.

Bukan sekadar mencipta kejayaan untuk PSMZA, jurulatih berkaliber ini bermatlamat untuk meletakkan sofbol selaras sukan terkemuka antarabangsa satu hari kelak.

“Sasaran kita supaya 30 atlit sukan sofbol boleh mewakili Malaysia dan ini adalah sukan berpotensi untuk diceburi. Secara tidak langsung, sofbol boleh mengharumkan nama negara di mata dunia," katanya.

Barisan pasukan sofbol lelaki dan wanita.
INFO

PENCAPAIAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA

- UM International 2017 (tempat ke4)

- International Miri Open 2015 (Johan)

- Yogjakarta Open 2017 (tempat ke4)

- Yogjakarta Open 2015 (tempat ke4)

- Giant Cup Jakarta 2012 (tempat ke4)



Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...