> > Cari kerja melalui Aplikasi je… senang betul!
Cari kerja melalui Aplikasi je… senang betul!
WARTAWAN SINAR HARIAN 20 June 2018


Cepat, Leret (swipe), mohon. Rakyat Malaysia kini boleh menarik nafas lega dengan pelancaran aplikasi pekerjaan terbaharu iaitu DuitDoit.

Dilancarkan pada 31 Mei lalu, aplikasi DuitDoit adalah percuma untuk pencari kerja di mana ia menawarkan peluang pekerjaan secara sambilan, kontrak dan freelance (bebas) kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada para penganggur, pesara, pelajar dan suri rumah.

Peluang mencari pekerjaan dengan aplikasi. -Foto Internet

Pengasas DuitDoit, Saw Ann Ping berkata, sehubungan itu, kekosongan tenaga kerja diharap dapat diisi oleh rakyat tempatan, justeru dapat mengurangkan pengambilan tenaga asing.

“Kami memperkenalkan DuitDoit sebagai salah satu usaha untuk membantu rakyat Malaysia menjana pendapatan lebih untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka serta menyedari trend kerja kini yang lebih kepada sambilan, dan fleksibel.

“Pelbagai peluang pekerjaan boleh didapati menerusi aplikasi DuitDoit sama ada dari pihak syarikat atau individu tersendiri seperti kerani, akaun, jurugambar, jurusolek, tukang masak, dan sebagainya di mana pencari kerja boleh memilih untuk bekerja mengikut kesesuaian masa, serta lokasi diingini,” katanya.

Menurutnya, DuitDoit boleh dimuat turun di Google Play Store secara percuma.

Terdahulu, Ann Ping berkata, Symphony Search selaku agensi pekerjaan menerima banyak mesej daripada pekerja diberhentikan, graduan belum bekerjaya, warga berumur 50 tahun ke atas serta suri rumah tangga mengenai kesukaran mendapatkan pekerjaan tetap.

Malangnya, bilangan pekerjaan tetap adalah terhad.

“Harapan kami supaya seluruh rakyat Malaysia dapat menggunakan platform ini bagi meringankan beban kewangan mereka ekoran kos hidup yang semakin tinggi,” katanya.

Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...