> > 12 pasukan rebut 27 pingat emas di Karnival Sukan Mahasiswa UniKL
12 pasukan rebut 27 pingat emas di Karnival Sukan Mahasiswa UniKL
WARTAWAN SINAR HARIAN 26 June 2018
SEPANG – Universiti Kuala Lumpur UniKL mengadakan Karnival Sukan Mahasiswa UniKL 2018 yang melibatkan seluruh kampus UniKL di Malaysia.

Menurut kenyataan di laman sosialnya, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang tempoh karnival yang bermula pada 25-28 Jun 2018. Sebanyak 12 pasukan dari 12 kampus akan berentap dalam 13 sukan antaranya bola sepak, bola tampar, bola jaring, badminton, pingpong, futsal, bola keranjang, tenis, ragbi, petanque, boling, catur dan sepak takraw.

Karnival tahunan itu kini sedang berlangsung di Malaysian Institute of Aviation Technology di Sepang (UniKL MIAT), pihak penganjur menyediakan sebanyak 27 pingat emas untuk setiap kategori sukan.

Johan keseluruhan Karnival akan diumumkan pada acara penutup yang berlangsung pada jam 8 malam, Khamis, 28 Jun.

Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...