Ketika mengunjungi Karnival Karangkraf tempoh hari, terlihat kelibat superhero buatan Jepun, Ultraman diserbu peminatnya; bukan hanya kanak-kanak je tau, mak bapak budak pun tak lepaskan peluang nak bergambar.
Fenomena sebegini bukannya luar biasa, lebih-lebih ‘maskot’ superhero menjadi kegemaran ramai. Dari yang tua hinggalah kanak-kanak, boleh dikatakan menggilai ultra heroes ni, siap boleh hafal setiap nama Ultraman yang berderet keturunannya. Kagum tak!
Buat penggemar fanatik Ultraman, ini ada berita gembira buat anda. Bersempena dengan ulang tahun ke 50, pihak Tsuburaya Production dengan kerjasama syarikat Circle Corp bersetuju untuk membuka kafe dan merchandise store official pertamanya di Malaysia.
Dikenali dengan Ultra Heroes Official Shop & Restaurant ini menampilkan konsep lain daripada yang lain dengan mengetengahkan gambar Ultraman dan raksasa yang menghiasi ruang dinding restoran. Menariknya di restoran ini juga mempunyai lebih 300 produk berkaitan dengan Ultra Heroes yang tentunya mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak.
Menariknya selain restoran, terdapat merchandise Ultraman dijual termasuklah 65 figura ‘special edition’ Ultraman.
Restoran yang terletak di G.36 G.37 G.38, Ground Floor, Glo Mall, Damansara, Kuala Lumpur dan mula beroperasi pada 29 Ogos tahun lalu ini turut menyediakan pelbagai makanan yang juga bertemakan Ultraman. Antaranya ialah Burger Ultraman Tiga, ‘Dark Baltan Burger’ dan harganya juga sangat berpatutan. Untuk set lunch bermula dari harga RM 19.90 yang mana pilihan menunya seperti Pasta Smoked Salmon, Pasta Chicken Parmigiana dan Pasta Mushroom Aglio Alio.
Selain itu ada juga nasi ayam Hainan, nasi ayam kunyit, set makan untuk kanak-kanak dan sebagainya.
Nampak macam sedap dan konsepnya pun menarik. Buat anda yang ingin mencari kelainan tempat lepak dan santai, boleh lah berkunjung ke Ultra Heroes Shop & Restaurant sambil cuci-cuci mata untuk menambah koleksi Ultraman kan!