> > Opps!Awas… obes kerana pengaruh kawan, ketahui kebenarannya
Opps!Awas… obes kerana pengaruh kawan, ketahui kebenarannya
WARTAWAN KAMPUS UOLS 27 June 2018
Dari sudut kesihatan, obesiti merupakan sejenis penyakit yang berkaitan dengan nutrisi. Tetapi, dari pandangan masyarakat, obesiti adalah satu masalah yang melibatkan gaya hidup dan pemakanan seseorang. Malah penyakit ini semakin menular dan menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal usia dan latar belakang. Hal ini terjadi disebabkan beberapa faktor seperti genetik, pola pemakanan, amalan gaya hidup, persekitaran, pengaruh orang sekeliling dan sebagainya.

Umum mengetahui kebanyakan punca obesiti adalah kerana pemilihan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Sedangkan ada ‘pengaruh’ lain yang tidak kurang hebatnya juga dalam memberi kesan terhadap obesiti ini, iaitu peranan orang terdekat dalam mempengaruhi obesiti seseorang.

Kawan-kawan punca gemuk?

Mungkin ada yang tertanya-tanya, adakah obesiti merebak dalam kumpulan sosial atau di kalangan kawan-kawan seperti virus? Atau jika kadar obesiti dan berat badan berlebihan adakah ia boleh berjangkit antara satu sama lain?

Menurut kajian yang dilakukan, dalam sedekad yang lalu peratusan orang gemuk telah meningkat dengan cepat iaitu daripada 25.1 peratus kepada 39.6 peratus. Pada tahun 1997, New Zealand Journal of Medicine menunjukkan ciri-ciri jangkitan ‘bersama’ dalam kumpulan-kumpulan sosial, tidak kira dalam faktor biologi atau tingkah laku.

Dua orang dalam kelompok kawan-kawan risiko untuk mendapat obesiti.- Sumber foto 123RF

Apa yang merisaukan, apabila berat badan rakan anda menjadi obesiti, anda juga berisiko untuk mendapat obesiti, iaitu kira-kira 57 peratus! Dalam kajian itu, jika dua orang dalam kelompok kawan-kawan mereka sendiri, risiko untuk mempengaruhi antara satu sama lain meningkat tiga kali ganda! Ini termasuklah meskipun dua orang individu itu tinggal jauh dari satu sama lain, tetapi pengaruh ke atas berat badan mereka masih wujud.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Journal tersebut, secara kesimpulannya obesiti boleh diibaratkan seperti demam selesema yang boleh berjangkit daripada individu kepada individu lain dan ia merupakan satu fenomena yang boleh merebak dengan cepat seperti virus. Apatah lagi rangkaian sosial seseorang individu seperti rakan-rakan sebilik atau rakan sekuliah boleh mempengaruhi risiko berat badan berlebihan.

“Peluang seseorang untuk menjadi obes meningkat lebih daripada separuh (57 peratus) sekiranya dia mempunyai kawan yang obes, manakala adik-beradik 40 peratus dan pasangan 37 peratus,” kata pengarang bersama, James Fowler dari Harvard University dan Nicholas Christakis dari University of California.

Tambah mereka lagi, seseorang itu cenderung menjadi obes disebabkan oleh perubahan norma atau gaya hidup. Mereka merasakan tiada masalah menjadi gemuk kerana ramai orang gemuk di sekeliling mereka. Hasil kajian itu turut menyarankan, jika anda mahu kekal langsing, anda mungkin tidak mahu dikelilingi oleh kawan-kawan dan ahli keluarga yang gemuk. Ini kerana apabila selalu bersama kelompok tersebut, kita akan susah untuk mengekalkan diet yang seimbang dan akan kurang bersenam.

Peranan kawan atasi diet

Selain dengan cara menjauhkan diri daripada orang terdekat yang mengalami masalah obesiti, sebenarnya anda juga boleh mengatasinya dengan mendampingi mereka untuk mendorong ke arah kesihatan yang lebih ideal.

Tahukah anda bahawa peranan kawan dalam mempengaruhi sikap individu itu sangat besar kesannya? Oleh itu, kawan mempunyai peranan penting untuk ‘mengubah’ pendirian seseorang. Berikut disenaraikan beberapa ‘tugas’ yang kawan boleh lakukan terhadap golongan obesiti ini.

1. Memberi nasihat dan bimbingan.

Sebagai kawan baik, rakan sebilik atau rakan serumah semestinya anda sudah masak dengan perangai mereka. Jika mereka seorang yang tegar melanggar pantang larang (pilih makanan yang tidak berkhasiat), nasihatkan mereka dengan memberi info berkenaan risiko penyakit berbahaya yang boleh menimpa mereka. Seterusnya bantu mereka untuk mendapatkan bimbingan dan latihan senaman.

Lakukan aktiviti bersenam atau berjoging dalam kampus secara santai dan ‘enjoy’.- Sumber foto 123RF

2. Lakukan aktiviti bersama.

Sebaiknya anda juga turut sama lakukan aktiviti senaman bersamanya. Ini boleh merangsangnya untuk berusaha lebih bersungguh-sungguh. Lakukan aktiviti bersenam atau berjoging dalam kampus secara santai dan ‘enjoy’.

Jaga disiplin makan- Sumber foto 123RF

3. Disiplin makan

Setiap kali tiba waktu makan, beritahu kawan anda jangan sesekali makan lebih daripada setengah makanan yang ada dalam pinggan. Sebaik sahaja telah makan separuh, berhenti makan dan rehat tiga minit. Kemudian minum sedikit air. Selepas tiga minit, jika masih lapar, habiskan baki yang separuh lagi itu. Kemudian rehat tiga minit. Ulangi sehingga anda tidak merasa apa-apa keinginan untuk makan lagi dan seterusnya membantu anda berhenti makan.

4. Motivator

Jalankan tugas anda seperti motivator tatkala rakan anda berada dalam keadaan tertekan ekoran kecewa dengan keputusan berat badan mereka. Berilah sokongan dan dorongan supaya mereka tidak mudah putus asa dan lebih giat berusaha untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal.

Fakta yang perlu anda tahu tentang obesiti:

-Laporan daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa seramai 16.2 juta atau 60 peratus rakyat di negara ini dikesan mengalami masalah obesiti seawal usia kanak-kanak.

-Mengamalkan diet berbeza dan secara membuta tuli tanpa nasihat doktor, boleh mengundang penyakit anoreksia yang kebanyakannya dialami oleh kaum wanita.

-Kegemukan boleh diturunkan daripada generasi ke generasi kerana jika ibu bapa gemuk, mereka cenderung memiliki anak-anak yang mempunyai saiz badan yang sama.

-Faktor emosi memainkan peranan penting kerana jika terganggu, kebiasaannya keseluruhan hidup kita akan terganggu dan sekali gus mempengaruhi kadar pemakanan kerana dianggap satu cara terbaik meredakan tekanan.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...