U-In-News > TERENGGANU > Kerjasama UniSZA, Unas Indonesia mantapkan bidang penyelidikan
Kerjasama UniSZA, Unas Indonesia mantapkan bidang penyelidikan
WARTAWAN SINAR HARIAN 12 July 2018

GONG BADAK - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM) menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dalam bidang penyelidikan dengan Universitas Nasional (Unas) Indonesia.

Melalui perjanjian itu, kedua-dua belah pihak akan menjalankan penyelidikan secara bersama dalam tempoh tiga tahun.

Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata, kerjasama itu juga turut merangkumi kajian ke atas tanaman ubat-ubatan dan herba di Malaysia dan Indonesia.

“Selain memberi fokus dalam bidang penyelidikan, kita juga akan adakan program pertukaran pelajar dan pensyarah.

“Kita harap dengan adanya program tambahan iaitu pertukaran pelajar dan pensyarah ini akan memantapkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara,” katanya ketika ditemui pada majlis menandatangi MoA itu.

Ahmad Zubaidi (lima, kiri) dan Ernawati (enam, kiri) bertukar cenderamata sebaik selesai majlis itu.

Beliau berkata, MoA yang ditandatangani itu adalah kesinambungan daripada MoU yang telah dimeterai pada 3 November 2015 yang lalu.

“Saya harap dengan termeterainya perjanjian penyelidikan ini, fakulti akan lebih maju dalam usaha untuk memartabatkan misi dan objektif penyelidikan serta akademik FBIM melalui hubungan antarabangsa dengan universiti luar negara” katanya.

Sementara itu, dalam majlis MoA tersebut, UniSZA diwakili Ahmad Zubaidi sendiri, manakala Unas diketuai Wakil Rektor Bidang Penelitian dan Pengabdian Masyarakat UNAS, Prof. Dr. Ernawati Sinaga, M.S. A.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...