> KELANTAN > UMK tak mahu prestasi bermusim
UMK tak mahu prestasi bermusim
ROSMIZA KASIM Jumaat | 13 Julai 2018

KOTA BHARU - Produktiviti, modal insan dan peningkatan kualiti adalah tiga perkara tidak boleh dipandang bermusim kakitangan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk menggerakkan institusi ke arah kecemerlangan.

Naib Canselor UMK, Prof Datuk Dr Husaini Omar berkata, keberkesanan sesebuah organisasi ditentukan sama ada hasil atau perkhidmatan yang diberikan memenuhi ekspektasi pemegang taruh.

“Kita hendaklah mengambil langkah penambahbaikan ke atas faktor yang menyumbang kepada produktiviti antaranya tenaga manusia, sistem prosedur kerja teknologi, bahan dan modal.

“Bagi mengekal dan meningkatkan kecemerlangan prestasi universiti ke arah lebih gemilang, usaha-usaha menerapkan budaya berprestasi tinggi dalam perkhidmatan awam perlu dilaksanakan di UMK,” katanya dalam ucapannya kelmarin.

Beliau menyampaikan anugerah kepada 251 kakitangan UMK yang cemerlang dalam perkhidmatan mereka sepanjang tahun lalu dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017.

UMK
Husaini (dua, kanan) menyampaikan anugerah kepada salah seorang yang menerima APC 2017 di UMK Kampus Kota di Pengkalan Chepa, kelmarin.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Mohd Rafi Yaacob, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Zaliman Sauli dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Datuk Dr Ibrahim Che Omar Husaini berkata, sehingga kini pelbagai inisiatif dilakukan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan di samping usaha UMK mendapat pensijilan MS ISO di semua jabatan adalah strategi yang membuktikan universiti berpandangan jauh dan bersedia bersaing di peringkat global.

“Sehubungan itu, setiap staf perlu mempunyai ilmu pengetahuan dan berkemahiran serta bersedia meningkatkan kecemerlangan melalui pembelajaran berterusan,” katanya.

Pada majlis itu, 103 daripadanya menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 38 orang menerima Anugerah Gemilang Universiti dan enam lagi diberikan Anugerah Jasa Bakti (AJB).

Manakala, 102 penerima mendapat Anugerah Jasa Universiti dan dua orang mendapat Anugerah Jasa Setia. Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu mendapat Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) kategori bukan akademik manakala Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) menerima AKNC kategori akademik.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...