> ISU > Pelajar ini buktikan mampu lakukan 3 kerja dalam satu masa hingga dapat anugerah tertinggi!
Pelajar ini buktikan mampu lakukan 3 kerja dalam satu masa hingga dapat anugerah tertinggi!
WARTAWAN KAMPUS UOLS 21 July 2018

Mempunyai semangat yang luar biasa, Wan Syahirah Mior Lokman atau lebih selesa dengan panggilan Syira Lokman, 24 tahun tidak mengenal erti perit jerih dalam mengejar impiannya. Mana tidaknya pelajar Ijazah Sarjana Muda Kaunseling, Universiti Malaya ini bukan saja bertindak sebagai siswi malah dia juga merupakan seorang penulis buku motivasi dan penulis blog.

“Saya merupakan pelajar jurusan kaunseling, penulis buku dan seorang penulis blog (http://syiralokman.blogspot.my). Walaupun sangat sibuk dengan komitmen yang sedia ada, tapi saya masih mampu membahagikan masa dengan baik. Hingga ke tahun akhir ini, saya masih berjaya mengekalkan prestasi dalam bidang akademik, masih menulis blog, aktif dengan program fakulti dan program kolej serta berjaya menerbitkan dua buah buku motivasi iaitu Serenity dan Fragile. Buktinya saya telah menerima dua anugerah tertinggi dari Fakulti dan Kolej Kediaman,” katanya memulakan bicara.

Akui Syira, bukan mudah untuk melakukan tiga kerja dalam satu masa, lebih-lebih lagi tuntutan sebagai seorang mahasiswa yang perlu terlibat dengan pelbagai program anjuran universiti. Kadang kala menguji kebijaksanaan dirinya untuk membahagikan masa, namun dengan bantuan rakan-rakan serta pensyarah, ia berjaya diatasi. Walaupun Syira sibukkan diri dengan pelbagai projek kolej dan universiti, Syira masih mampu mengekalkan kecemerlangan akademik dengan pembahagian masa yang baik.

SYIRA
Syira, aktif sebagai mahasiswa, penulis blog dan penulis buku.

“Tiga cabaran utama yang Syira hadapi ialah pembahagian masa, kesukaran melawan emosi dan bagaimana untuk terus konsisten dalam pelajaran. Cabarannya adalah kena banyak sabar, disiplin, jangan mudah terpengaruh dengan keseronokan zaman muda dan kawal tekanan. Cabaran lain sebagai kaunselor pelatih ni, apabila saya nak buat sesi kaunseling tapi pada masa yang sama emosi tidak stabil atau mood terganggu. Di situ cabaran bermula bila saya perlu berlawan dengan emosi sendiri dan cuba asingkan dulu masalah dengan tugasan,” ujar Syira yang mempunyai hobi menulis blog, melakukan aktiviti sukarelawan, suka hasilkan puisi, coretan motivasi dan mewarna.

Ingin sambung pengajian ke PhD

Sering menjadikan kata-kata perangsang dari ibu bapa yang memberi dorongan kepadanya untuk sentiasa belajar dan melakukan apa yang dia minat, menjadi kata semangat buat Syira menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Saya mahu menyambung pengajian hingga peringkat PhD di Malaysia, dalam bidang psikologi dan pada masa yang sama bekerja di mana-mana organisasi sebagai kaunselor untuk tambah pengalaman sebelum membuka syarikat sendiri dan menjadi konsultan. Pada masa yang sama saya juga mahu memiliki Yayasan Kebajikan sendiri di samping terus menjadi penulis buku dan penulis blog. Mungkin juga adakan bengkel penulisan untuk sebarkan ilmu,” jelas Syira mengenai impiannya itu.

PESTA BUKU
Slot bersama penulis di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL).

Di peringkat universiti, jawatan tertinggi dipegang oleh Syira ialah Yang Dipertua Persatuan Kaunseling Universiti Malaya sesi 2016/2017. Selain itu Syira juga telah menerima dua anugerah tertinggi iaitu Anugerah Khas Pengetua (2017-dari Kolej Kediaman Pertama) dan Anugerah Khas. Kedua-dua anugerah ini diberikan kepada pelajar yang aktif dalam dan luar universiti serta cemerlang dalam akademik. Syira juga menerima Anugerah Dekan untuk semester ke 2,3,4,5,7 dan 8..

Selain itu, sepanjang tahun 2017, Syira juga telah dijemput menjadi Penceramah dan Fasilitator Program Motivasi Kerjaya, Fasilitator Bengkel Kaunseling dan menjadi Pengarah Program Hari Kesihatan di Tanjong Karang. Syira juga baru sahaja menamatkan latihan praktikal di Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur dan bakal bergraduasi pada bulan Oktober 2018.

Bijak bahagi masa

Menurut Syira tidak salah membuat tiga kerja dalam satu masa terutamanya zaman belajar kerana bagi Syira ia mengikut kehendak dan keperluan masing-masing.

“Apa yang penting ialah kita tahu apa yang kita mahukan dan bijak bahagikan masa serta utamakan mana yang lebih penting. Buat la apa sahaja kerja yang kita mahu dan minat asalkan fokus utama iaitu pelajaran mesti diutamakan. Alhamdulillah, buku Serenity dah masuk cetakan kedua dalam tempoh lima bulan di pasaran. Kedua-dua buku ini berkisar tentang kehidupan manusia dan perkaitannya dengan Allah. Bagaimana seseorang ingin berubah tetapi masih diuji. Bagaimana nak menghadapi saat jatuh bangun dalam kehidupan dan bagaimana untuk kuatkan hati dengan rasa syukur. Jika kita sering tertanya mengapa dan mengapa, buku ini akan membuka mata kita tentang tujuan kita hidup di dunia.

BUKU
Antara buku-buku hasil penulisan Syira.

“Saya menulis blog pula sejak 2011 dan berkongsi pengalaman serta kehidupan saya dari zaman SPM hingga kini. Kepada sesiapa yang nak tip-tip atau panduan belajar serta cara menghadapi temuduga mahu sambung belajar boleh baca di blog Syira ye. Selain itu, blog ni juga saya digunakan untuk membantu mempromosikan perniagaan orang lain dengan bayaran yang tertentu mengikut pakej. Ini adalah satu peluang baik untuk saya mencari duit lebih demi menampung kehidupan. Saya tak perlu keluar dan bayar tambang transport setiap hari untuk pergi bekerja. Selepas kelas hanya perlu duduk dalam bilik, buka laptop dan mula menulis. Jadi lebih mudah untuk saya bahagikan masa antara aktiviti kolej atau universiti, minat dan pelajaran,” akhiri Syira.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...