> ISU > Penerima Anugerah Canselor ini impi jadi jurutera Mercedes-Benz di Jerman
Penerima Anugerah Canselor ini impi jadi jurutera Mercedes-Benz di Jerman
BERNAMA Sabtu | 21 Julai 2018

PEKAN - Mengendali alatan membaiki kereta bagaikan satu permainan buat Adlina Syazlin Faizul, walaupun tiga tahun lalu dia tidak mengenali walaupun sebutir spanar.

Adlina Syazlin, 21, berkata minat dalam bidang automotif bermula sejak dia melanjutkan pelajaran di Universiti Automotif Malaysia DRB-Hicom di sini dalam jurusan Diploma in Automotive Service Technology.

Berkat usaha dan tidak malu pada awalnya untuk mengakui dirinya ‘kosong’ dalam bidang automotif, Adlina Syazlin hari ini mampu tersenyum apabila dinamakan sebagai penerima Anugerah Canselor pada Majlis Konvokesyen ke-5 universiti tersebut dengan Gred Purata Kumulatif (CGPA) 3.98.

“Saya mahu bergelar sebagai jurutera automotif, jadi saya rasakan penting untuk saya tahu setiap bahagian dalam kereta kerana saya langsung tidak tahu, malah tidak mempunyai lesen memandu semasa mula mendaftar di sini.

“Semuanya dipelajari di bengkel. Awal-awal dahulu memang janggal bagi saya, tapi pensyarah sentiasa beri galakan kepada saya selepas melihat keazaman saya,” katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas majlis konvokesyen itu di sini, hari ini.

Adlina Syazlin yang berasal dari Bukit Jelutong, Shah Alam berkata dia bersyukur kerana ayahnya Faizul Kamaruddin, 59, sering berkongsi bahan bacaan berkaitan bidang automotif di laman media sosial.

Anak ketujuh daripada sembilan beradik itu menambah, dia kini sedang mengikuti kelas bahasa Jerman bagi memenuhi syarat untuk mengisi borang melanjutkan pelajaran ke negeri itu dalam bidang kejuruteraan automotif.

“Saya berharap dapat terbang ke sana pada awal tahun hadapan... impian saya adalah untuk menjadi jurutera Mercedes-Benz di negara itu, walaupun perlu bekerja di sini terlebih dahulu kerana terikat dengan kontrak biasiswa,” katanya.

Memilih bidang yang jarang disertai wanita, Adlina Syazlin berkata dia tidak melihatnya sebagai satu cabaran, kerana sentiasa dikelilingi oleh rakan lelaki yang ‘positif’.

Beliau juga mengakui pengalaman menjadi satu-satunya wanita semasa menjalani latihan industri di pusat kereta import di Glenmarie, Shah Alam juga membina karakter dirinya untuk lebih berdaya saing.

Bagi penerima Anugerah Naib Canselor, Salfril Samad, 23, mencari keseimbangan dalam bidang akademik dan sosial merupakan ‘resepi’ kejayaannya sehingga mendapat keputusan CGPA 3.96 dalam Diploma in Automotive Service Technology.

“Saya percaya jika kita terlalu menekan diri dalam bidang akademik, ia boleh menjejaskan keputusan. Kemahiran sosial juga penting dan di sini saya tidak melupakan aktiviti boling, bola sepak dan sering keluar bersama rakan-rakan.

“Penting kita kena tahu keutamaan dan bila masa untuk serius belajar. Saya sendiri memikul beberapa tanggungjawab termasuk mewakili universiti ke beberapa pertandingan, tapi semuanya dilakukan secara seronok dan tanpa tekanan,” katanya.

AUTOMOTIF
Pelajar terbaik Adlina Syazlin Faizul (tengah), Muhammad Asyraff Yusni (kiri), Muhammad Syairazi Mazlin (dua, kiri), Amira Aqilah Long Nasdzran (dua kanan) dan Salfril Samad bersama anugerah yang diterima pada majlis Konvokesyen DRB-Hicom University of Automotive Malaysia Ke-5, hari ini.

Sementara itu, Naib Canselor universiti itu Profesor Datuk Seri Dr Omar Osman berkata hampir 90 peratus graduan mereka berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian.

Katanya, kejayaan itu ekoran dasar universiti yang bukan hanya memberi penekanan kepada keupayaan teknikal, namun juga terhadap kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran komunikasi yang disarankan dalam industrial revolusi, IR4.0.

“Selain itu, pihak DRB-HICOM juga telah memperuntukkan hampir RM52 juta untuk memberi bantuan kewangan kepada lebih 3,000 pelajar dan daripada jumlah itu, biasiswa penuh berjumlah lebih RM40 juta diberikan kepada 300 pelajar,” kata beliau.

Omar menambah universiti itu yang setakat ini telah melahirkan seramai 1,157 graduan sejak ditubuhkan pada 2010 juga akan melahirkan kumpulan pertama graduan ijazah sarjana dan pasca siswazah pada tahun hadapan.- Bernama


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...