> Hebat! Perlawanan dengan artis sengit tapi Alumni UPM berjaya juarai Bola Sepak Amal Alumni 4 Asnaf
Hebat! Perlawanan dengan artis sengit tapi Alumni UPM berjaya juarai Bola Sepak Amal Alumni 4 Asnaf
MOHAMAD EZZAT AMIER MOHD NAZRON Ahad | 29 Julai 2018

SERDANG- Universiti Putra Malaysia (UPM) melancarkan program Amal Alumni 4 Asnaf bersama rakan radio Hot FM/ Kool FM hari ini.

Sukan Sinar dan Kampus Uols Sinar Harian telah dipilih sebagai rakan media untuk program ini.

Perlawanan bola sepak yang berlangsung di Stadium Mini UPM di antara pasukan pilihan Alumni UPM dan Hot fm serta Kool fm bertujuan mengumpul dana tabung kebajikan pelajar sebanyak RM10 juta merupakan satu inisiatif Pusat Alumni UPM yang diberikan mandat oleh universiti bagi merealisasikan hasrat dan impian UPM.

Tetamu khas, Menteri Besar Selangor, YAB Amirudin Shari turut hadir bagi menandatangani bola serta menyepak bola sebagai acara simbolik sebelum perlawanan bermula.

Pusat Alumni sentiasa komited dalam merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti serta program yang melibatkan alumni khususnya bagi mengekalkan jalinan hubungan sepanjang hayat yang konsisten di antara Alumni dan Alma mater sebagai pusat yang bertanggungjawab menjalankan program bagi merapatkan hubungan para alumni dan universiti sejajar dengan matlamat putra global (PG200).

Selain perlawanan Bola Sepak Amal UPM Alumni 4 Asnaf, Pusat Alumni juga menganjurkan Klinik Bola Sepak bagi bertujuan berkongsi ilmu dan teknik dengan pakar bola sepak.

Artis yang hadir pada program Alumni tersebut adalah Tomok, Black, dan Akim serta penyampai radio Haziq dan Amar Hot Fm yang terlibat dalam perlawanan amal bola sepak menentang pasukan pilihan Alumni UPM.

Alumni UPM telah menjuarai pertandingan ini dengan mata seri 4-4 dengan tendangan gol penalti.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...