> PAHANG > UMP satu-satunya universiti teknikal di Malaysia diiktiraf antarabangsa bertaraf lima bintang
UMP satu-satunya universiti teknikal di Malaysia diiktiraf antarabangsa bertaraf lima bintang
MIMI RABITA, UMP Isnin | 30 Julai 2018

Universiti Malaysia Pahang (UMP) berada di landasan terbaik apabila menerima pengiktirafan antarabangsa dengan pencapaian penarafan lima bintang keseluruhan terbaik tahun ini berdasarkan Sistem Penilaian Quacquarelli Symonds (QS) Stars Rating 2018 yang dijalankan pihak QS Intelligence Unit iaitu sebuah organisasi pengauditan universiti melalui QS World Ranking yang berpusat di London.

Lebih membanggakan pencapaian lima bintang ini menjadikan UMP satu-satunya universiti teknikal di Malaysia yang mengungguli pencapaian cemerlang di negara ini bersama lima universiti penyelidikan (RU) iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta sebuah universiti swasta, Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Naib Canselor UMP, Profesor Dato Sri Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, UMP mencapai lima bintang dalam kategori pengajaran, kebolehpasaran pekerjaan (GE), pengantarabangsaan, kemudahan (fasiliti), inovasi dan inklusif (kerangkuman) hasil budaya kerja cemerlang seluruh warga universiti. Bagi kategori penyelidikan, universiti ini juga berjaya memperoleh 4 bintang serta mendapat 3 bintang bagi penilaian terhadap kategori Kekuatan Program.

Dr. Daing bersama warga kerja kerja UMP menunjukkan simbol lima bintang atas kecemerlangan universiti berkenaan.
Dr. Daing bersama warga kerja kerja UMP menunjukkan simbol lima bintang atas kecemerlangan universiti berkenaan.

QS Stars adalah sistem penarafan yang memberikan pandangan terperinci mengenai institusi dan universiti bagi membolehkan pelajar serta ibu bapa mengenal pasti institusi pendidikan yang terbaik.

“Pencapaian ini bertepatan dengan aspirasi kegemilangan UMP untuk menjadi universiti teknologi terunggul menjelang 2020 yang bukan sahaja mendapat pengiktirafan setempat tetapi juga antarabangsa. Sistem penilaian ini memberi ruang dan peluang kepada UMP untuk membuat dasar termasuk penetapan dasar penting sekali gus menyemarakkan usaha membangunkan serta memantapkan pencapaian universiti di negara ini,” katanya.

Selain itu, ia sekali gus membuktikan keupayaan UMP setanding dengan universiti ternama lain dalam dan luar negara. Dalam konteks pelaksanaan Pelan Strategik UMP 2016-2020, universiti ini sentiasa komited untuk menyempurnakan peranan dan tanggungjawab sosialnya selaras dengan agenda Memasyarakatkan Teknologi yang mendasari pelan yang komited untuk membangunkan potensi dan daya saing Universiti ini untuk membawa ilmu pengetahuan dan teknologi ke lapangan masyarakat.

“Pencapaian ini bertepatan dengan aspirasi kegemilangan UMP untuk menjadi universiti teknologi terunggul menjelang 2020."
“Pencapaian ini bertepatan dengan aspirasi kegemilangan UMP untuk menjadi universiti teknologi terunggul menjelang 2020."

UMP kini berada di landasan terbaik apabila sepanjang tahun ini apabila turut meraih pengiktirafan lima bintang dalam Penilaian Penyelidikan Malaysia (MyRA), Sistem Penarafan Universiti dan Kolej Universiti (Setara) 2017, Penarafan Pengumpulan Data Kementerian Pendidikan Tinggi (MyMohes) 2017 serta turut menerima Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan dengan lima bintang berdasarkan Indeks Akauntabiliti Jabatan Audit Negara bagi tahun 2016.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...