> ISU > Kebolehpasaran graduan vs jurusan pilihan, ini pendapat mereka...
Kebolehpasaran graduan vs jurusan pilihan, ini pendapat mereka...
WARTAWAN KAMPUS UOLS Selasa | 31 Julai 2018

ANTARA minat, pengaruh dan masa depan, itu antara dilema yang lazimnya dihadapi dalam membuat keputusan jurusan atau bidang pilihan apabila memasuki institusi pengajian tinggi (IPT). Tapi, bagi siswa-siswi ini, mereka mempunyai pendapat masing-masing berkaitan bidang pilihan.

- Nurul Izzati Abd Rashid, Ijazah Pendidikan (Seni Reka), Fakulti Pendidikan UiTM Kampus Puncak Alam"Saya memilih jurusan Pendidikan Seni Reka kerana minat dan cita-cita untuk menjadi pendidik. Apa yang menarik tentang bidang ini, saya diajar untuk menjadi seorang guru profesional khususnya dalam subjek seni. Seni itu pula luas dan indah malah, setiap orang sukakan keindahan namun berbeza persepsi. Sama juga dengan pendidikan. Masing-masing ada cara dan seninya."

NURUL IZZATI

- Nurul Atikah Abdul Jamal, Kuliyyah Economics and Management Sciences, IIUM"Saya mengambil jurusan bisnes kerana saya sendiri berasal dari keluarga yang berniaga karipap frozen. Jadi, dari situ, saya dapat belajar macam mana untuk memperkembangkan bisnes famili saya ini. Alhamdulillah, ia berjaya dan berkembang dengan baiknya."

NURUL ATIKAH

- Nurulaina Ishak, Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Usim"Saya memilih bidang Bahasa Arab dan Komunikasi disebabkan oleh minat yang mendalam untuk mempelajari sesuatu berkaitan bahasa tersebut. Selain itu, ia juga memberi kelebihan kepada saya dalam memperkembangkan kemampuan untuk berkomunikasi dalam bahasa lain dan mampu bertutur pelbagai bahasa di samping dapat belajar dan mengetahui tentang budaya bangsa lain."

NURULAINA

- Nurul Zafirah Zahid Maulana, Sarjana Muda Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, UM"Saya memilih bidang dakwah kerana jurusan ini mempunyai keunikan tersendiri. Saya berpendapat pengkhususan ini terbaik bagi pendakwah-pendakwah milenia. Selain kemahiran komunikasi, kemahiran kaunseling yang dipelajari sangat membantu terutama dalam mengenal manusia dari sudut antropologi dan sosiologi."

NURUL ZAFIRAH

-Tan Chiew Sia, Jurusan Sains Nautika & Pengangkutan Maritim, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan, UMT"Saya memilih jurusan Nautical Science kerana ingin menerokai dunia kelautan yang sememangnya dimonopoli lelaki sahaja. Keistimewaan bidang ini di UMT, pelajar berpeluang untuk menjalani pelayaran secara praktikal di Research Vessel - RV Discovery."

TAN CHIEW SIA

- Muhammad Arshad Mohamed Ali, Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan (Kepujian), Fakulti Perubatan Antarabangsa, MSU Shah Alam"Saya memilih jurusan ini kerana ia menyediakan satu laluan kepada pelajar yang ingin menyambung MBBS selepas itu. Jurusan ini menyediakan modul pembelajaran yang menarik seiring sistem pendidikan abad ke-21, dengan pendedahan menyeluruh berkaitan anatomi dan fisiologi."

MUHAMMAD ARSHAD

- Siti Nor Syuhada Sohaimi, Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik, Jabatan Matematik, UPM"Saya pilih bidang statistik sebab saya minat menganalisis graf especially ketika buat lab report masa masih asasi dulu. Bila dah ceburi jurusan ni, menariknya sebab melatih untuk menganalisis sesuatu data. Dalam semua bidang, selagi mana ada data, ilmu statistik dapat dipraktikkan."

SITI NOR SYUHADA

- Suria Kamilan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam"Saya pilih MassComm sebab sangat sesuai dengan minat saya iaitu berkomunikasi dan juga menulis. Yang menarik tentang MassComm adalah, pelajar dapat mempelajari pelbagai bidang termasuklah penerbitan, kewartawanan, penyiaran serta perhubungan awam."

SURIA


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...