U-SHARE > IKON > Pakar perubatan UKM, wanita pertama di Malaysia terima Anugerah Fellow of the American College of Endocrinology
Pakar perubatan UKM, wanita pertama di Malaysia terima Anugerah Fellow of the American College of Endocrinology

Pakar Endokrinologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Kampus Kuala Lumpur, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Norlela Sukor menjadi wanita pertama di Malaysia menerima Anugerah Fellow of the American College of Endocrinology.

Beliau menerima anugerah itu atas pengalamannya yang luas dalam bidang diabetes dan endokrinologi dari segi penyediaan rawatan penyakit endokrinologi.

“Penganugerahan ini diberikan kepada mereka yang telah berkhidmat lama dalam bidang endokrinologi dan berkecimpung dalam menerbitkan penyelidikan dalam bidang tersebut,” katanya.

Prof. Dr. Norlela berkata, sebenarnya beliau tidak pernah terfikir untuk mendapatkan fellowship tersebut.

“Sebagai seorang ahli akademik, penyelidik dan pakar perubatan, saya berterusan melibatkan diri dalam pengajaran, penyelidikan dan menyediakan perkhidmatan perubatan endokrinologi kerana sememangnya ini adalah minat saya sejak menjalani latihan kepakaran dalam perubatan dalaman,” katanya.

Beliau berkata, penglibatannya dalam bidang kepakaran tersebut telah menarik perhatian felo-felo American College of Endocrinology di Amerika Syarikat dan di negara ini.

“Malah merekalah yang mencadangkan nama saya untuk anugerah fellowship tersebut,” jelasnya.

Prof. Dr. Norlela yang merupakan rakyat Malaysia pertama menerima The University of Queensland Dean’s Award for an Outstanding Research Higher Degree Thesis semasa pengajian peringkat Doktor Falsafah di University of Queensland, Australia pada tahun 2009 berkata, American College of Endocrinology adalah institusi akademik dan profesional terulung dalam bidang kepakaran diabetes dan endokrinologi di dunia.

“Tidak ada negara lain termasuk United Kingdom atau Eropah yang menubuhkan institusi khusus untuk satu bidang subspesialiti dalam perubatan dalaman iaitu bidang yang mendalami penyakit yang berkait dengan diabetes dan permasalahan hormon di dalam badan manusia (endokrinologi),” katanya.

Katanya, di Malaysia tidak ramai yang telah menerima anugerah tersebut, hanya sekitar tiga atau empat orang sahaja.

“Saya berbesar hati kerana di UKM, saya adalah yang kedua menerima anugerah ini selepas Pakar Perunding Kanan dan Ketua Unit Endokrinologi, Prof. Dr. Nor Azmi Kamaruddin menerimanya sembilan tahun lepas.

Beliau menasihatkan kepada doktor-doktor muda terutamanya pensyarah-pensyarah muda supaya menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang pengkhususan atau sab kepakaran yang dipilih.

“Perlu ada prioriti dan keutamaan yang jelas dalam kerjaya kita kerana secara umumnya terdapat banyak bebanan dan tanggungjawab dalam kerja seharian yang boleh membuatkan seseorang itu hilang fokus.

“Saya percaya setiap seorang pengamal perubatan mempunyai niat yang murni untuk membantu masyarakat dalam meningkatkan tahap kesihatan, namun peranan yang boleh dimainkan oleh seseorang itu sebenarnya adalah lebih jauh dan luas serta tiada batasan.

“Mungkin akan ada lebih ramai lagi pakar-pakar perubatan di Malaysia yang akan menerima anugerah ini suatu hari nanti,” katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...