U-8Tive > EVENT > Tahniah! UNISEL kutip 7 pingat di HESF 2018
Tahniah! UNISEL kutip 7 pingat di HESF 2018

SHAH ALAM - Kontinjen Universiti Selangor (UNISEL) menutup hari terakhir Kejohanan Higher Education Sport Fest 2018 (HESF 2018) dengan membawa pulang tujuh pingat termasuk satu emas, dua perak dan empat gangsa.

Pingat emas tunggal Kontinjen UNISEL disumbangkan oleh Mohamad Hashri Fikri Mohamad Taupik dan Mohd Amirul Syaamil Mohd Zahudi menerusi acara ping pong beregu lelaki.

Pingat perak pertama UNISEL disumbangkan oleh Govinda A/L Mohan dalam acara olahraga 5000m lelaki manakala pingat perak kedua disumbangkan oleh Jivarasan A/L Suthangar juga acara olahraga 3000m lelaki berhalangan.

Siti Syafiqah Binti Asmiri, pelajar yang dilahirkan menerusi program UNISEL Athlete Academik Track berjaya meraih pingat gangsa bagi acara olahraga 200m wanita. Kuartet 4x400m lelaki UNISEL juga tidak ketinggalan menghadiahkan pingat gangsa manakala Asyiff Zulkefli pula menyumbangkan pingat gangsa terakhir menerusi acara 400 meter lelaki lari berpagar.

Menurut Nurul Hanim Mohd Amin, Pengarah Pusat Sukan dan Budaya, kontinjen UNISEL pada awalnya hanya mensasarkan tiga pingat berdasarkan prestasi semasa atlet namun beliau amat berbangga apabila atlet UNISEL berjaya melepasi sasaran tersebut.

“Saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada kesemua atlet yang telah berjaya mengharumkan nama UNISEL pada kejohanan HEFS 2018 ini. Tujuh pingat kesemuanya termasuk satu emas, dua perak dan empat gangsa serta berada di tangga ke-12 daripada 30 pasukan yang mengambil bahagian merupakan pencapaian terbaik kontinjen UNISEL setakat ini,” ujar beliau.

Kejohanan HEFS 2018 ini merupakan landasan terbaik serta pentas pencarian dan pemilihan atlet IPT terutama bagi menghadapi temasya AUG 2018. Kejohanan yang bermula dari 24 hingga 28 Julai 2018 itu berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Sebanyak 30 institusi pengajian tinggi mengambil bahagian dan UNISEL berjaya berada di dalam kelompok 15 pasukan terbaik.

Semoga semangat juang yang berterusan ini dapat merealisasikan visi dan misi UNISEL untuk terus memacu kecemerlangan seiring dengan tagline “Peneraju Tranformasi” yang dibawa oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan bin Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL.

Foto Kredit : Facebook Bahagian Sukan IPT


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...