> Teknologi siling dingin baharu mampu jimat sehingga 30 peratus tenaga elektrik
Teknologi siling dingin baharu mampu jimat sehingga 30 peratus tenaga elektrik
2 August 2018

SINGAPURA - Sebuah teknologi siling dingin baharu yang mampu menyejukkan seluruh bangunan, sekali gus menapis udara merupakan alternatif lebih baik pada masa depan berbanding pendingin hawa yang menggunakan banyak tenaga buat masa sekarang ini.

Teknologi tersebut adalah antara 11 projek yang bakal diusahakan pengkaji dalam makmal korporat terbaru bernilai S$61 juta (RM182 juta) yang dilancarkan secara rasmi, baru-baru ini.

Makmal itu ditubuhkan bersama oleh Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Surbana Jurong dan Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF). Diperbuat daripada bahan khas seperti serat nanoteknologi, panel siling dingin itu menuras udara sambil menjimatkan sehingga 30 peratus penggunaan tenaga elektrik berbanding sistem saluran pendingin jawa biasa.

Projek kajian itu mampu menjadi realiti dalam tempoh lima tahun akan datang dengan perkongsian antara NTU dan Surbana Jurong. Makmal tersebut yang dibiayai bersama NTU, Surbana Jurong dan agensi-agensi pemerintah bertujuan membangunkan huraian mampan bagi menangani perbandaran seperti tenaga dan keperluan infrastruktur serta perubahan iklim.

Sebagai makmal korporat keenam di NTU, 70 pengkaji dan jurutera dari universiti tersebut dan Surbana Jurong akan bekerjasama bagi menerokai sistem-sistem penyimpanan bawah tanah, huraian mampan bagi bangunan dan teknologi digital untuk mempertingkat daya pengeluaran dalam persekitaran terbina.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...