> ISU > 20 Fakta tentang Nynaa Harizal, pelajar, pelakon dan model yang kini meningkat naik
20 Fakta tentang Nynaa Harizal, pelajar, pelakon dan model yang kini meningkat naik
WARTAWAN KAMPUS UOLS Selasa | 7 Ogos 2018

Mungkin ada segelintir masih tidak mengenali siapa gadis cantik ini. Nynaa Harizal merupakan seorang pelakon baru yang sedang mencipta nama dalam dunia seni. Pernah berlakon dalam drama ‘Kekasih Paksa Rela’, 'Hero Seorang Cinderella', telemovie Kembalikan Sinarnya, ternyata bakat lakonan yang ada padanya tidak mengecewakan dan dari situ namanya mula dikenali ramai.

Terkini, Nynaa sedang menjalani penggambaran filem bertajuk ‘Townmall’ yang merupakan adaptasi dari sebuah novel dan di arahkan oleh pengarah tersohor, Ahmad Idham. Filem ini dijangka akan menemui penonton pada tahun hadapan.

nynaa 1

Selain bergelar pelakon, Nynaa juga seorang model dan juga pelajar. Nak tahu lebih lanjut tentang gadis manis ini, jom selidik 20 fakta berkenaan dirinya!

1. Nama penuh, Nurul Hanynaa Harizal, berumur 22 tahun dan berasal dari Ampang.

2.Mahasiswa Kolej Universiti KDU Kuala Lumpur dan mengambil jurusan Ijazah Sarjana Perakaunan.

3. Seorang yang suka mengira sejak kecil dan tak hairanlah sehingga kini minatnya dalam bidang akauntan.

4. Selalu dapat Skor A dalam subjek Matematik sejak dari sekolah rendah hingga menengah.

5. Dek kerana kelebihannya dalam bidang Matematik, Nynaa pernah dinobatkan sebagai pelajar terbaik sekolah.

6. Nynna juga berkemahiran dalam menunggang kuda.

7. Dari segi permainan alatan muzik, Nynaa boleh bermain piano dengan baik.

8. Sebelum terjun dalam dunia lakonan, Nynaa aktif dengan peragaan secara sambilan untuk majalah keluaran Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd seperti majalah Keluarga, Nona dan Pengantin.

9. Nynaa juga pernah muncul dalam iklan seperti Panasonic Sky Series, KFC Cheezy Mushroom Crunch, Rexona, White House Ceramic, Nescafe Smoovlatte, dan banyak lagi.

10. Seorang yang happy go lucky

11. Gemar makan coklat atau apa-apa dessert

12. Jika ada masa terluang suka teman ibunya memasak di rumah

nynaa 1

13. Nynaa mempunyai darah campuran dari Thailand (sebelah bapa)

14. Seorang yang aktif dalam koir dan coral speaking sejak di sekolah rendah dan menengah

15. Suka berfesyen dan meminati rekaan dari designer Alia Bastamam

16. Kalau nak tahu, Nynaa gemar mengambil gambar pemandangan untuk dijadikan sebagai koleksi simpanan sendiri. Kamera hadiah pemberian bapanya sejak umur 12 tahun masih disimpan sehingga kini.

17. Seorang yang mudah menangis terutama apabila menonton cerita-cerita sedih

18. Sangat meminati aktor Bollywood, Shah Rukh Khan terutama dalam filem Dilwale, Kuch-kuch Hota Hai dan Muhabbatein.

19. Antara filem kegemarannya adalah Pearl Harbor- walaupun lebih 50 kali menonton tapi tak pernah jemu.

20. Berpegang pada prinsip; hidup ini kena sentiasa pandang ke hadapan dan jangan mudah mengalah.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...