> SEL KL > Juara PROCOM 2018, UTAR wakili Malaysia ke Jepun
Juara PROCOM 2018, UTAR wakili Malaysia ke Jepun
RAHANA MD DAHARI Selasa | 7 Ogos 2018

UNIVERSITI Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampus Sungai Long, Cheras, Kuala Lumpur muncul juara dalam pertandingan Inovasi Pengaturcaraan Perisian (PROCOM) 2018 anjuran Chinese Weekly yang julung kali diadakan di negara ini di sini hari ini.

Kemenangan tersebut melayakkan tiga pelajarnya, Wong Jia Hau, 22, Dheenodava Rao, 22, dan Seah Sheng Hong, 20, dari Fakulti Kejuruteraan dan Sains (Bahagian Kejuruteraan Internet dan Sains Komputer) mewakili Malaysia untuk menyertai pertandingan peringkat Jepun, Original Section of the KOSEN PROCOM yang akan diadakan pada 27 hingga 28 October 2018 di Tokushima City.

Menurut ketua kumpulan yang memilih tajuk Timetable Arranging Program, Wong Jia Hau, mereka agak terkejut dan teruja dengan kemenangan tersebut kerana persaingan agak sengit daripada peserta lain.

“Kami membangunkan perisian berkaitan dengan jadual seharian pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi seperti kehadiran di kelas dan waktu rehat dalam bentuk laman web. Ia telah diaplikasikan oleh kebanyakan pelajar di UTAR. Perisian ini disiapkan dalam tempoh enam bulan dan mendapat sokongan dari pensyarah kami, Dr. Madhavan Balan Nair yang juga sebagai pensyarah pengiring pada hari ini. Sebagai persediaan berhadapan dengan peserta dari Jepun yang memang berpengalaman dalam industri perisian, kami akan menambah baik laman web yang sedia ada dan mendapat maklum balas dari pelajar-pelajar yang telah menggunakannya,” katanya.

Juara PROCOM 2018 dari UTAR yang mewakili Malaysia ke Jepun iaitu Dheenodava Rao (kanan), Seah Sheng Hong , Wong Jia Hau dan pensyarah pengiring, Dr. Madhavan.
Juara PROCOM 2018 dari UTAR yang mewakili Malaysia ke Jepun iaitu Dheenodava Rao (kanan), Seah Sheng Hong , Wong Jia Hau dan pensyarah pengiring, Dr. Madhavan.

Juara membawa pulang trofi dan wang tunai RM5,000, tempat kedua dan ketiga dimenangi peserta dari Universiti Multimedia Malaysia (MMU) dan masing-masing membawa pulang trofi dan wang tunai RM3,000 danRM2,000.

PROCOM 2018 disertai 13 kumpulan peserta dari Institusi Pengajian Awam dan Swasta tempatan dengan kerjasama Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP). Pertandingan ini telah berlangsung selama dua hari bermula pada 2 sehingga 3 Ogos lalu bertempat di MIGHT Partnership Hub,Cyberjaya. PROCOM ini juga telah disokong oleh MIGHT dan agensi dari Jepun, Nourishment Association for Programming Contest KOSEN (NAPROCK) dan ditaja oleh Silverlake Axis, Epson Malaysia and Walta Group.

Menurut Pegawai Eksekutif MIGHT, Datuk Dr. Mohd Yusof Sulaiman, bukan sahaja membangunkan persaingan tetapi juga mempelajari karakter dan polisi masyarakat Timur tentang bagaimana mereka bekerja, kesetiaan , komitmen dan yang berkaitan.

“Pertandingan tersebut bertujuan mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi memupuk generasi muda lebih kreatif dan inovatif. Di samping menggalakkan program pertukaran pelajar antara Malaysia dan Jepun terus aktif.

MIGHT sebagai sebuah organisasi yang terlibat dalam mempromosikan sains dan teknologi (S&T) dan inovasi, sentiasa dalam usaha terus menggalakkan pembangunan sumber manusia bidang S&T, terutama dalam menyokong, menyediakan dan melengkapkan permintaan kepada sumber manusia industri teknologi tinggi dan (S&T).

Para peserta PROCOM 2018 bergambar bersama, Timbalan Naib Presiden MIGHT, Zeti Akmar Tajuddin (lapan, kiri).
Para peserta PROCOM 2018 bergambar bersama, Timbalan Naib Presiden MIGHT, Zeti Akmar Tajuddin (lapan, kiri).

Pertandingan seumpama ini merupakan pertama kali diadakan di Malaysia dengan menggunakan kaedah pemarkahan menggunakan modul dan teknologi di mana dua orang hakim berpengalaman telah dibawa dari sana untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran. Usaha-usaha yang ditunjukkan melalui pertandingan ini bukan sahaja mengukuhkan usaha bersama dalam membina kecekapan pengaturcaraan perisian malah menyahut seruan Dasar Pandang ke Timur di Malaysia,” ujarnya.

Tambahnya lagi, agensi Chinese Weekly juga telah diberi penghormatan dan amanah oleh NAPROCK dalam menjayakan pertandingan ini berdasarkan modul Japan Technical College Programming Contest (KOSEN PROCON).

Pertandingan tersebut telah diadakan sejak tahun 1990, bertujuan mencipta motivasi di kalangan pelajar dan merupakan kaedah berkesan memupuk bakat inovatif dalam kalangan peserta dan industri. Sejak diadakan, pertandingan tersebut telah disertai lebih kurang 57 buah kolej teknikal di Jepun.

PROCOM di Malaysia terbuka kepada semua pelajar dari institut pengajian tinggi awam dan swasta dan setiap kumpulan diwakili sekurang-kurangnya tiga peserta. Setiap kumpulan dikehendaki untuk membangunkan perisian pada komputer atau tablet berdasarkan tema dan idea yang inovatif tetapi tidak melanggar mana-mana hak harta intelek.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...