U-In-News > ISU > Penyelidik Unimas dan SFC mulakan ekspedisi saintifik
Penyelidik Unimas dan SFC mulakan ekspedisi saintifik
BERNAMA 9 August 2018

KUCHING - Sekumpulan 70 penyelidik dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Sarawak Forestry Corporation Sdn Bhd (SFC) menyertai ekspedisi saintifik di kawasan Taman Negara Tanjung Datu dan Santuari Hidupan Liar Samunsam.

Pengurus Besar SFC, Oswald Braken berkata, ekspedisi selama 53 hari itu bertujuan mengumpulkan maklumat dan data asas mengenai persekitaran akuatik dan sumber-sumber sedia ada di kedua-dua kawasan berkenaan.

Beliau bersama Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Sumber UNIMAS, Prof Othman Bojo secara simbolik melepaskan peserta ekspedisi di perkarangan pejabat SFC.

Braken berkata ekspedisi itu juga bertujuan untuk menyumbang kepada pembangunan Pelan Induk Pemuliharan Marin dan Pesisiran Pantai Sarawak dan mengenal pasti dan mencadangkan aktiviti ekonomi yang mampan bagi masyarakat setempat.

“Ekspedisi Sumber Marin dan Pesisiran Pantai Taman Negara Tanjung Datu-Santuari Hidupan Liar Samunsam: Pemuliharaan Biodiversiti dan Penggunaan Mapan bermula hari ini sehingga 29 Sept,” kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan SFC di sini, pada Selasa.

Beliau berkata ini adalah ekspedisi kedua melibatkan kerjasama antara UNIMAS dan SFC selepas ekspedisi pertama iaitu Ekspedisi Kedupan Marin Pulau Sampadi pada 2012.

Sementara itu, Prof Othman Bojo menggesa semua penyelidikan yang terlibat dalam ekspedisi untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk bekerjasama secara kolaboratif sambil berkongsi ilmu dan bertukar kemahiran untuk meningkatkan pemuliharaan biodiversiti dan pengurusan sumber.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...