U-In-News > ISU > Rupanya ini sebab Cikgu Muda Amin tukar kerjaya jadi guru jahitan
Rupanya ini sebab Cikgu Muda Amin tukar kerjaya jadi guru jahitan
WARTAWAN KAMPUS UOLS 9 August 2018

Kalau dahulu bidang jahitan lebih sinonim dengan kaum hawa, namun kini bidang tersebut dilihat turut mendapat permintaan di kalangan kaum lelaki, bersesuaian dengan perubahan zaman sekarang.

Cikgu Muda Amin (CMA) atau nama sebenarnya Aminuddin Idris 23, seorang guru jahitan, mengakui bahawa pada zaman sekarang kelebihan menjahit bukan terletak pada jantina, sebaliknya ilmu dan bakat selain minat memainkan faktor utama.

“Saya akui nak belajar menjahit bukan mudah, apatah lagi melibatkan perkara yang agak remeh, tapi tak mustahil untuk kita lakukan. Lagipun sekarang ni kita tengok ramai je pelajar lelaki yang ambil kursus atau kelas dalam bidang jahitan dan itu bermakna lelaki juga boleh melakukannya,” kata anak kelahiran Johor Bahru ini yang juga Alumni Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak jurusan jahitan pakaian lelaki.

Cerita Cikgu Muda Amin lagi, dia melihat ada peluang cerah dalam bidang jahitan yang mana ia boleh memberi pendapatan selain dapat mengajar orang lain mencari rezeki yang halal.

“Setelah tamat pengajian di Peretak pada tahun 2015, saya tekad untuk menguruskan perniagaan sendiri. Ini kerana saya melihat ada permintaan dalam bidang jahitan yang mana perniagaan ini boleh membantu orang lain untuk menjana pendapatan.

“Kemudian pada 2015, saya mendaftar perniagaan atas nama Jarum Terbang untuk jenama pakaian lelaki. Alhamdulillah, perniagaan ini mendapat sambutan luar biasa. Pada pertengahan tahun lepas, saya tubuhkan Akademi Jarum Terbang untuk memberi peluang kepada orang ramai belajar menjahit,” katanya ketika diminta mengulas bagaimana boleh menukar arah dari kerjaya menjahit kepada guru jahitan.

Selain itu pada tahun 2016, Cikgu Muda Amin juga pernah terlibat sama dengan Fitriyah Munirah, 23 tahun, merupakan bekas pelajar Rekaan Fesyen dari UiTM bagi menaikkan jenama Jarum Terbang di dalam dunia fesyen. Tambahan pula Fitriyah banyak menemukan formula ringkas dan berkesan dalam menghasilkan baju dengan cepat dan kemas.

Dari kecil-kecilan, kini Cikgu Muda Amin boleh menarik nafas lega kerana berjaya melatih dan membimbing lebih 2,000 orang dalam kelas jahitannya di seluruh negara dengan dibantu 11 pekerja.

“Niat saya adalah untuk membantu dan membuka jalan kepada masyarakat mengetengahkan bakat yang mereka ada bagi menjana pendapatan,” katanya yang memberi fokus kepada kelas jahitan pakaian lelaki iaitu baju melayu dan kurta.

Anak kelima daripada enam beradik ini, walaupun sibuk dengan fesyen pakaian lelakinya tetapi tidak mengecewakan mereka yang ingin belajar jahitan darinya.

Walaupun selesa dengan tempahan pakaian di kedai miliknya namun kesanggupan untuk mengajar mereka yang berminat dalam bidang jahitan ini diteruskan semata-mata untuk membantu mereka yang ingin belajar sekali gus menambah pendapatan keluarga mereka.

“Saya berpegang pada prinsip ‘The more you give the more you get’ yang mana makin banyak yang kita beri atau sumbangkan kepada orang lain, kita akan dapat lebih dari itu. Dengan cara ini saya dapat membantu masyarakat yang ingin menambah pendapatan mereka,” ujarnya yang mendapat nama jolokan CMA dari para pelajarnya yang mengikuti kelas jahitan di bawah bimbingannya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...