> > Pelajar gagal masuk U terima penjelasan KPM, ditawarkan program Sarjana Muda Bioteknologi
Pelajar gagal masuk U terima penjelasan KPM, ditawarkan program Sarjana Muda Bioteknologi
NURUL RIDUAN NOR ASHAHA 9 August 2018

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjelaskan Phan Yong Hong, 19, yang gagal dalam permohonan pengajian Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) sudah dimaklumkan punca kegagalannya.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, KPM sebelum itu sudah melakukan siasatan dengan merujuk empat universiti awam yang dipohon oleh Yong Hong.

“KPM telah membuat siasatan yang teliti dan memaklumkan kepada pelajar dan ahli keluarganya berkenaan sebab-sebab beliau tidak ditawarkan program-program tersebut. Kami difahamkan bahawa pelajar tersebut dan ahli keluarganya telah menerima penjelasan berikutan siasatan yang telah dibuatkan,” katanya.

Nie Ching berkata, pelajar tersebut ditawarkan pilihan kelima beliau iaitu program Sarjana Muda Bioteknologi di Universiti Malaya berlandaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kurikulum.

Baru-baru ini, dalam sidang media Yong Hong bersama akhbar China Press dan Sinchew Daily, dia yang memperoleh 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia dan CGPA 4.0 di peringkat matrikulasi gagal melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran di UM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Uiversiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Mengulas lanjut Nie Ching berkata, seperti mana yang dilaporkan sebelum ini, bagi jurusan MBBS, Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) telah menerima 2,730 permohonan di mana hanya 2,490 yang berkelayakan.

Bagaimanapun katanya, tawaran program MBBS melalui pengagihan UPU hanyalah sekadar 484 tempat iaitu 19.4 peratus bilangan pemohon yang berjaya.

“Setiap universiti awam mempunyai autonomi untuk menawarkan program mereka dan menetapkan ujian-ujian tertentu bagi setiap program sebagai syarat kemasukan, contohnya bagi jurusan perubatan, UM menetapkan calonnya untuk menduduki Biomedical Acceptance Test (BMAT) iaitu salah satu komponen saringan dengan Cambridge University manakala UMS menetapkan satu Ujian Psikometrik sebagai pra-syarat temu duga. Dengan itu, pelajar-pelajar dinasihati supaya memenuhi kelayakan minimum program yang di minati serta mengambil ujian khas yang ditentukan oleh Universiti bagi program tersebut,” katanya.

Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...