> KONVO > 127 graduan bakal diraikan dalam Majlis Konvokesyen Kali Ke-6 Politeknik Hulu Terengganu Ogos ini
127 graduan bakal diraikan dalam Majlis Konvokesyen Kali Ke-6 Politeknik Hulu Terengganu Ogos ini
WARTAWAN KAMPUS UOLS Khamis | 9 Ogos 2018

HULU TERENGGANU - Politeknik Hulu Terengganu (PHT) di sini akan mengadakan majlis konvokesyen kali ke-6 14 Ogos di Dewan Permata, Hotel Permai Kuala Terengganu.

Pegarah Konvokesyen, Haji Abu Bakar Zakaria memberitahu, dalam majlis tersebut, seramai 127 orang graduan sesi Disember 2016 dan Jun 2017 yang diraikan akan menerima diploma masing-masing iaitu Diploma Pengurusan Pelancongan dan Diploma Akauntansi.

Upacara itu bakal disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Governan), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Ts. Haji Mohamad Amin Hamat.

Konvokesyen kali ini juga berbeza kerana kali ini PHT telah mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2015. Audit ini telah dijalankan pada 8 hingga 9 Julai 2018 yang lalu.

Pensijilan ISO membuktikan PHT komited memberikan perkhidmatan pendidikan yang terjamin dari segi kualiti kepada para pelajar serta PHT mendapat kepercayaan daripada pihak berkepentingan (stakeholders) iaitu ibu bapa, industri, KPM dan JPP.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...