U-In-News > TERENGGANU > UMT diiktiraf pensijilan ISO 9001:2015
UMT diiktiraf pensijilan ISO 9001:2015
AMIRUL SALAM, UMT 9 August 2018

KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu buat pertama kalinya melakar sejarah tersendiri setelah mendapat penganugerahan pensijilan MS ISO 9001:2015 daripada Sirim QAS International Sdn. Bhd.

Pengiktirafan itu diperoleh setelah eksesais audit ISO 9001:2015 Skop Perkhidmatan Pembelajaran dan Pengajaran bagi Program Diploma dan Sarjana Muda oleh Pasukan Auditor daripada Sirim QAS International selama tiga hari bermula pada 5 Ogos 2018.

Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, pengiktirafan ini merupakan satu lambang keutuhan sebuah universiti.

“Alhamdulillah, UMT telah berjaya mencapai sasaran seperti yang ditetapkan bagi memperoleh pensijilan itu. Kejayaan ini diperoleh selepas berjaya melepasi audit pensijilan dan naik taraf oleh Sirim QAS dan pengiktirafan ini sah bagi tempoh tiga tahun bermula 2018.

“Tahniah dan syabas kepada Prof. Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) selaku ketua urus setia pengauditan UMT. Kejayaan ini amat bermakna dan memberi impak kepada nama UMT dan seharusnya menjadi kebanggaan kepada warga UMT," katanya.

Skop pensijilan ISO ini tambahnya, akan terus dikembangkan kepada aspek-aspek lain supaya dengan pengiktirafan-pengiktirafan yang bakal diperoleh dapat melonjakkan penarafan dan penjenamaan UMT di peringkat tempatan dan antarabangsa.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...