U-In-News > TERENGGANU > Pengalaman pelajar Turki bila masuk kampung...
Pengalaman pelajar Turki bila masuk kampung...
WARTAWAN SINAR HARIAN 9 August 2018

SETIU - Kampung tradisi di daerah ini iaitu Kampung Seri Kenangan sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila menerima kunjungan 43 pelajar dari Turki ke kampung berkenaan, kelmarin.

Kehadiran mereka ke kampung tersebut bersama-sama rombongan penuntut dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bertujuan menyelami suasana kehidupan masyarakat serta budaya hidup di desa.

Pengerusi Koperasi Sejahtera Kampung Seri Kenangan, Mohamad Saad berkata, jumlah keseluruhan peserta rombongan termasuk pensyarah melebihi 60 orang.

“Kunjungan sebegini kali kedua diterima di kampung ini dan sebelum ini Kampung Seri Kenangan dikunjungi pelajar dari negara-negara Asean. Sempena kunjungan pelajar dari Turki kali ini, mereka dibawa melawat Koperasi Sejahtera Kampung Seri Kenangan serta beberapa lokasi menarik sekitar kampung.

“Memandangkan kini musim buah, kesemua peserta rombongan turut dibawa masuk ke dusun warisan bagi merasai buah-buahan tempatan yang masih segar dan tentunya tiada di Turki. Mereka juga dihidangkan makanan tradisional yang mungkin sukar ditemui di kebanyakan tempat iaitu lemang periuk kera. Kuih ini juga sebagai identiti di Kampung Seri Kenangan ini,” katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...