> > Pemegang Diploma Syariah cipta inovasi perincih mampu milik
Pemegang Diploma Syariah cipta inovasi perincih mampu milik
SAPINAH AB GHANI 10 August 2018
JELI - Tidak pernah mengikuti kursus mahupun kelas bimbingan secara formal, namun anak muda berusia 26 tahun ini berjaya menghasilkan inovasi sendiri dengan mencipta mesin perincih makanan ternakan menggunakan enjin pam air.

Muhamad Jazman Du' Ramli berkata, bagaimanapun dia sudah mendapat pendedahan tentang kerja-kerja kimpalan sejak di bangku sekolah rendah.

Menurutnya, dia menggunakan ilmu dan kemahiran diperoleh daripada bapanya untuk menghasilkan mesin perincih berkenaan.

“Lima bulan saya habiskan masa untuk belajar tentang mesin perincih ini. Saya banyak rujuk buku, web-web berkaitan dan tanya kawan-kawan yang biasa dengan mesin ini,” katanya kepada media ketika ditemui di bengkelnya di Kampung Kalai di sini, semalam.

Muhamad Jazman berkata, idea mencipta mesin berkenaan diperoleh selepas menyedari dunia ternakan kini semakin berkembang.

Katanya, keperluan terhadap mesin perincih agak tinggi kerana ramai yang melakukan kerja-kerja menternak dalam skala besar.

5
Muhamad Jazman menunjukkan mesin perincih makanan ternakan yang menggunakan enjin pam air.

Jelasnya, mesin berkenaan mampu membantu penternak menyediakan bekalan makanan kepada ternakan dengan cara lebih sempurna.

Menurutnya, mesin perincih yang diilhamkam mampu mengisar rumput napier, batang jagung, batang pisang, tebu dan pelepah kelapa sawit supaya lebih mudah dimakan ternakan.

“Ternakan kita kadang hanya makan daun, tak makan batang, sedangkan nutrisi banyak di bahagian itu. Bila kita rincih dengan mesin ini, semua bahagian boleh makan sebab semua dah kecil, mudah dimamah,” katanya.

4
Pokok jagung yang siap dipotong menggunakan mesin perincih.

Pemegang Diploma Syariah dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra ini berkata, apa yang menguatkan lagi semangatnya untuk menghasilkan mesin tersebut adalah untuk membantu penternak di kampung.

“Mesin saya ini lebih ekonomi, murah dan mampu milik. Saya pernah tinjau harga mesin ini di pasaran sekitar RM2,500.

“Ia mungkin nilai yang agak tinggi bagi penternak di kampung. Sebab itu saya hasilkan mesin yang lebih murah iaitu sekitar RM950 hingga RM1,000 sahaja,” katanya.

3
Bilah pisau tajam yang tahan karat ini berfungsi memotong halus daun dan batang pokok sebelum diberikan kepada ternakan.

Menurutnya, dia mengambil masa antara tiga hingga empat hari untuk menghasilkan mesin terbabit.

Malah, sejak mula mencipta inovasi berkenaan Mei lalu, sudah 13 mesin terjual.

“Mesin ini dilengkapi bilah pisau tajam diperbuat daripada besi yang tahan karat dan enjin pam air berkapasiti 6.5 kuasa kuda. Ia fleksibel dan mudah dibawa ke mana-mana,” katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...