> > Puteri sulung Pemangku Raja Pahang kongsi pengalaman saat sukar sebelum peroleh ijazah dari Universiti Nottingham
Puteri sulung Pemangku Raja Pahang kongsi pengalaman saat sukar sebelum peroleh ijazah dari Universiti Nottingham
AIMAN SADIQ ABDULLAH 9 August 2018

KUANTAN - Seramai 150 pelajar Akademi Menara Gading (AMG) Kohort X sesi 2018/2020 berpeluang mendengar pengalaman belajar puteri sulung Pemangku Raja Pahang, Tengku Iman Afzan Tengku Abdullah yang menjadi semangat baharu semua pelajar naungan Yayasan Istana Abdulaziz (YIA).

Program intervensi Akademi Menara Gading ini dinaungi Tengku Mahkota Tengku Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang Tunku Aminah Maimunah Iskandariah dengan kerjasama Fakulti Pendidikan UKM dan Yayasan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA).

Tengku Puteri Iman Afzan yang dilantik sebagai antara Pemegang Amanah YIA turut berkongsi pengalaman dalam aspek psikologi yang boleh diaplikasikan peserta AMG dalam persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tahun depan.

“Ketika bergelar pelajar, banyak masa dan tenaga perlu dikorbankan...sama seperti pelajar lain, saya juga mengalami saat-saat sukar sebelum berjaya memperoleh segulung ijazah dalam Perundangan di Universiti Nottingham di London.

“Saya ingin mengingatkan peserta bahawa tiada jalan pintas untuk berjaya dalam apa jua bidang terutamanya dalam akademik,” katanya ketika berucap merasmikan program tersebut di sini, baru-baru ini.

PUTERI
Abdul Razaq (tiga,kiri) menyampaikan cenderahati kepada Tengku Puteri Iman Afzan (dua,kanan) pada program AMG Kohort X sesi 2018/2020 yang diadakan di UMP baru-baru ini.

Beliau juga berbangga dan kagum dengan peserta yang yakin dalam penggunaan bahasa Inggeris sepanjang program berlangsung.

“Saya menyarankan program seperti ini dapat diperluaskan lagi bagi memberi peluang kepada lebih ramai pelajar kurang bernasib baik untuk sama-sama mengecapi kejayaan bersama,” katanya.

Sementara itu, Pengurus AMG, Datuk Prof Dr Abdul Razaq Ahmad berkata, fokus kem ini adalah menekankan pengurusan emosi dan motivasi kendiri, teknik kepelbagaian belajar serta strategi dan gaya pembelajaran yang efektif.

"Program ini menggunakan 10 modul utama dilaksanakan secara berterusan dan sistematik dalam tempoh dua tahun bermula dari Tingkatan 4 hingga 5 yang telah dilaksanakan sejak 9 kohort.

GROUP
Tengku Puteri Iman Afzan merakamkan kenangan bersama pelajar AMG Kohort X sesi 2018/2020 di UMP baru-baru ini.

“Program AMG yang bermula pada 1999 hingga kini berjaya membantu seramai 987 pelajar miskin, anak- anak yatim dan masyarakat orang asli di seluruh negeri menjejakkan kaki ke menara gading di dalam dan di luar negara.

“Sebahagiannya telah bekerja di sektor awam dan bidang profesional yang turut menubuhkan alumni AMG bagi membantu pembangunan pendidikan di negeri Pahang,” katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...