> > MMU perkasa ilmu ICT Generasi Y melalui program [email protected] 2018
MMU perkasa ilmu ICT Generasi Y melalui program [email protected] 2018
WARTAWAN KAMPUS UOLS 10 August 2018

PULAU LANGKAWI - Universiti Multimedia (MMU) telah menganjurkan program [email protected] Langkawi 2, 2018 melibatkan kira-kira 300 pelajar sekolah menengah di Langkawi untuk menimba ilmu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Para pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri, Sekolah Vokasional Langkawi dan Maktab Mahmud Langkawi itu turut didedahkan dengan kemahiran multimedia dan diasah bakat kepimpinan oleh fasilitator yang merupakan 30 pelajar MMU.

Ketika berucap merasmikan majlis penutup program tersebut, Pegawai Pelajaran Daerah Langkawi, Halid Ali berkata, usaha murni MMU itu perlu dicontohi dan diperluaskan lagi bagi mendedahkan lebih ramai pelajar sekolah dengan ilmu ICT.

MMU5
>Yusuf Nayan, Penolong Pegawai Bahagian Akademik PPD Langkawi merasmikan program.

Ini kerana, tambahnya, program tersebut terbukti berjaya mengecilkan jurang kemahiran ICT antara generasi muda di bandar dan luar bandar. “Kita tidak mahu mereka yang di luar bandar ketinggalan dalam dunia ICT, dunia perhubungan tanpa sempadan kerana pada zaman ini, dunia adalah umpama Global Village atau Perkampunan Kecil di mana maklumat berada di hujung jari tanpa mengenal sempadan geografi,” katanya di sini hari ini.

MMU - MUJAHID
MUJAHID

Pengarah program berkenaan, Mujahid Sabri A. Basir berkata, ia merupakan program ke-41 anjuran Kelab Sekretariat [email protected] sejak 2003 yang diadakan di seluruh Malaysia dan juga merupakan kali kedua dilangsungkan di Pulau Langkawi selepas kali pertama pada tahun 2009.

“Bertemakan Teknousahawan Pemacu Warisan Nasional, program kali ini memfokuskan ilmu CT dalam mempromosikan warisan negara di Langkawi. Dengan kesedaran yang tinggi dalam kalangan siswa siswi MMU tentang kepentingan dan budaya ICT, berjaya diperluas dan digembangkan kepada para pelajar generasi Y yang begitu sinonim dengan dunia teknologi maklumat,” tambahnya.

Beliau berkata, hasil kerjasama dan komitmen padu daripada pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Pulau Langkawi, maka misi dan tujuan program itu tercapai dalam memberi manfaat kepada MMU, siswa siswi dan peserta program.

Mujahid berkata, ia secara tidak langsung dapat mempromosikan MMU sebagai sebuah universiti bertaraf dunia khususnya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi serta multimedia serta membina hubungan dua hala antara MMU dengan sekolah di Kedah.

MMU2
Pelajar-pelajar Kolej Vokasional Langkawi sedang mempelajari ilmu Adobe Photoshop semasa kelas IT berlangsung.

Dalam program tersebut, para pelajar turut dipupuk nilai kepimpinan dan keterampilan diri di samping didedahkan dengan khidmat kaunseling berkaitan kursus dan kerjaya graduan lepasan MMU pada masa hadapan.

MMU4

Antara pengisian program adalah aktiviti latihan dalam kumpulan yang mengasah kemahiran dan kemampuan fizikal serta mental, kemahiran berkomunikasi, pembentangan projek selain kelas perisian komputer sebagaimana ditetapkan dalam modul disediakan.

MMU - AMIRUL
AIMURUL AIMAN

Seorang peserta, Amirul Aiman Amirul Safari, 17, dari SMK Mahsuri berkata, “Saya dapat menambah pengetahuan saya dalam bidang ICT khususnya melalui aplikasi Adobe Photoshop melalui program ini. Saya yakin selepas ini saya dapat membantu guru-guru untuk membuat banner dan bunting sebagai contoh. Program seperti ini patut diperluaskan lagi,” ujarnya.

MMU - HAZIM
HAZIM

Muhammad Hazim Shamsornahar, 17, peserta dari Kolej Vokasional Langkawi pula berkata, “Sikap bekerjasama adalah amat penting bagi kerja berkumpulan. Sebagai contoh, semasa aktiviti inovasi keusahawanan, kami perlu membentuk sebuah syarikat di mana setiap ahli kumpulan memainkan peranan penting. Secara keseluruhannya, saya dapat belajar sambil bermain dan berharap supaya program ini dijalankan di sini lagi.”

MMU1
MMU3

Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...