Uni-Kita > AKTIVITI KAMPUS > Bekas pesakit kanser limfoma kongsi pengalaman tanda awal serangan pada Cancer Awareness Day anjuran MELTECH UiTM Puncak Alam
Bekas pesakit kanser limfoma kongsi pengalaman tanda awal serangan pada Cancer Awareness Day anjuran MELTECH UiTM Puncak Alam

SHAH ALAM - Persatuan Pelajar Teknologi Makmal Perubatan (MELTECH) di bawah Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam telah menganjurkan sebuah program kesihatan berilmiah iaitu “Cancer Awareness Day” bertempat di Kompleks PKNS, Shah Alam baru-baru ini.

Forum bertajuk Kanser Darah yang dikendalikan oleh Dr Amir Muhriz.

Di Malaysia, kanser yang melibatkan darah, hati, usus dan payudara adalah antara kanser yang menyumbang kepada kadar kematian yang tinggi. Kanser terjadi akibat pertumbuhan sel yang tidak terkawal dan membahayakan sehingga mampu mengganggu fungsi badan yang normal.

Pengarah program, Muhammad Zulkifli Bin Roslan berkata, “Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan penekanan terhadap kepentingan pengesanan awal kanser dalam kalangan pelajar dan masyarakat umum.”

Sesi pertama program “Cancer Awareness Day” dimulakan dengan pameran poster yang berkisarkan tentang pelbagai jenis penyakit kanser darah seperti leukemia dan hemofilia oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makmal Perubatan. Selain itu, pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan seramai 6 orang turut sama terlibat dalam menyampaikan informasi berguna mengenai kanser serviks.

Program pameran poster ini telah berjaya menarik minat pengunjung untuk mengetahui dan memahami dengan lebih mendalam tentang kanser.

Pembentangan poster berkaitan kanser darah oleh pelajar Teknologi Makmal Perubatan kepada orang awam.

Muhammad Zulkifli berkata, “Melalui pameran poster ini, kemahiran berkomunikasi dan tahap keyakinan diri pelajar dapat ditingkatkan apabila mereka berinteraksi dengan masyarakat umum.”

Penyampaian cenderahati kepada panel forum, Dr Muhd Zanapiah.

Pada jam 3 petang, sesi forum telah berlangsung dengan begitu meriah di kawasan pentas utama Kompleks PKNS, Shah Alam. Forum yang bertajuk "Kanser Darah” ini telah dikendalikan oleh Kol (B) Dr. Amir Muhriz Abdul Latiff, Dekan Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam.

Dua orang panel berpengalaman iaitu Dr. Muhd Zanapiah Zakaria, pakar Hematologi dari Pusat Perubatan Prince Court dan Dinesh Kumar A/L Selvaraju, bekas pesakit kanser limfoma turut dijemput untuk menyampaikan informasi serta berkongsi pengalaman beliau.

Penyampaian cenderahati kepada panel forum, Dinesh.

“Penyakit limfoma adalah kanser kelenjar limfa di dalam badan di mana kebiasaannya bermula dengan kelenjar limfa yang membengkak, kurang selera makan, kurang berat badan diikuti demam yang berpanjangan,” ujar Dr. Muhd Zanapiah menyatakan beberapa tanda kanser limfoma yang boleh dikenalpasti.

“Forum kesihatan seperti ini amat berfaedah kerana memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kanser darah yang semakin meningkat. Sepanjang forum berlangsung, para pelajar dan pengunjung yang hadir memberikan respon yang begitu baik dengan mengajukan pelbagai soalan berkaitan kanser darah kepada saya dan pakar hematologi. Tahniah dan terima kasih kepada penganjur kerana telah berjaya menganjurkan program seperti ini,” kata Encik Dinesh, salah seorang panel forum.

Para peserta bergambar kenangan bersama ahli panel.

Dr. Emida Binti Mohamed selaku penasihat program Cancer Awareness Day turut meluahkan rasa gembira dengan penerimaan baik daripada masyarakat umum yang bersama-sama memeriahkan program ini. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini secara langsung ataupun tidak langsung. Tambahnya lagi, tidak dilupakan terima kasih kepada penaja bersama yang sudi bekerjasama bagi program ini iaitu Kompleks PKNS Shah Alam, BMS Diagnostic dan Chimera-Tech Sdn Bhd.

Peserta bersama pengunjung yang juga merupakan bekas pesakit kanser limfoma.

Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...