> > UiTM adakan majlis pelancaran International Conference on Issue in Language Teaching and Learning among Non-Native Speakers (ILANNS)
UiTM adakan majlis pelancaran International Conference on Issue in Language Teaching and Learning among Non-Native Speakers (ILANNS)

SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara Shah Alam (UiTM) mengadakan Majlis Pelancaran International Conference on Issue in Language Teaching and Learning among Non-Native Speakers (ILANNS) yang berlangsung di Concorde Hotel, Shah Alam.

Seramai 250 peserta terlibat bagi program ILANNS yang keempat tahun ini. Walaupun titik terasnya adalah bahasa Arab, persidangan itu juga menawarkan platform bagi mereka untuk bertukar idea mengenai penyelidikan dalam bidang bahasa sekali gus dapat melahirkan pakar dalam bidang bahasa.

Majlis tersebut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching serta Timbalan Canselor bahagian Akademik UiTM, Dr Haji Mohamad Kamal Harun.

1

Objektif majlis tersebut adalah bertujuan untuk mengumpulkan sokongan dan persetujuan dalam penubuhan pengajaran dan pembelajaran bahasa dengan rujukan khusus kepada penutur asli di rantau ini. Akademi pengajian Bahasa UiTM mempunyai 3 jurusan bahasa iaitu jabatan Bahasa Inggeris, jabatan Bahasa Melayu, dan jabatan Bahasa Asia dan Eropah.

Sejak penubuhannya, APB telah menawarkan bahasa moden kepada semua fakulti dan kampus di seluruh UiTM. Sehingga kini, APB mengajar 9 bahasa dalam bahasa Arab, bahasa melayu, bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Korea dan Mandarin. Ia menawarkan pelbagai kursus bahasa dalam bahasa ini, merangkumi semua tahap. Kursus ini disediakan untuk pelajar UiTM sebagai sebahagian daripada keperluan pengajian mereka.

2
TEO NIE CHING

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, pembelajaran bahasa kini telah menjadi lebih penting dari sebelumnya. Di dunia yang semakin bersama-sama menempuh industri 4.0, teknologi baru muncul mengubah ekonomi, masyarakat dan juga diri kita.

3

”Banyak perhatian telah diberikan kepada pembangunan teknologi dan sistem pembelajaran digital untuk memaksimumkan pembanggunan modal insan pelajar serta teras yang lebih holistik perlu dilakukan untuk memperkayakan pertumbuhan sosial dan individu seseorang terutamanya apabila mereka memahami bahasa yang bukan bahasa asal mereka," ujarnya.

Program ini dilihat dapat meningkatkan kemahiran bertutur serta penulisan dalam pembelajaran yang disediakan sekaligus dapat menaikan martabat bahasa Melayu serta bahasa lain ke peringkat yang lebih tinggi.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...