> > Dua pelajar kolej MARA berjaya peroleh 'perfect score' dan lanjutkan pengajian ke Ireland dan Kanada!
Dua pelajar kolej MARA berjaya peroleh 'perfect score' dan lanjutkan pengajian ke Ireland dan Kanada!
WARTAWAN KAMPUS UOLS 10 August 2018

PUTRAJAYA – MARA mempunyai satu ekosistem pendidikan yang lengkap bermula daripada pendidikan menengah sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Kolej MARA Banting merupakan antara institusi di bawah MARA yang melaksanakan program “International Baccalaureate” (IB) sebagai persediaan pelajar-pelajar untuk mengikuti pengajian di universiti terkemuka di luar negara.

Kolej MARA Banting mencipta sejarah dengan mencatat rekod lulus keseluruhan 100 peratus yang melibatkan seramai 111 orang pelajar bagi tahun 2018. Lebih membanggakan, keputusan pada kali ini turut membuktikan kecemerlangan di peringkat dunia apabila buat julung kalinya keputusan kesemua 21 subjek telah mencatatkan keputusan melebihi purata peringkat dunia. (above world average; rujuk lampiran)

Di samping itu juga, dua orang pelajar telah berjaya mendapat ‘perfect score’ dengan markah penuh 45/45 iaitu Saudari Farzana Yah Abdul Hanan Yah yang merupakan bekas pelajar dari MRSM Lenggong, Perak dan melanjutkan pengajian ke universiti di Ireland serta saudara Nileash A/L Jeganathan turut berjaya melanjutkan pengajian ke sebuah universiti di Kanada.

mara2
Salah seorang graduan yang berjaya dalam peperiksaan International Baccalaureate (IB) sempena majlis graduasi Kolej MARA Banting baru-baru ini.

Kedua-dua pelajar ini bersama dengan 109 orang pelajar yang lain diraikan dalam majlis graduasi oleh Kolej MARA Banting pada 2 Ogos 2018, di JW Marriot Hotel, Putrajaya yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohamed Roseli Dol, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA.

mara1
Belakang kiri; Muhammad Iman Danial Husin, Salman Ahmad Faris, Muhammad Ibrahim Johari, Farzana Yah Abdul Hanan Yah dan Nileash a/l Jeganathan bergambar kenangan bersama YBhg. Dato' Mohamed Roseli bin Dol, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA.

Sempena graduasi pada kali ini, juga menyaksikan seramai tiga orang pelajar lagi turut memperolehi anugerah kecemerlangan iaitu saudara Muhammad Iman Danial Husin yang menerima Anugerah Khidmat Masyarakat, saudara Muhammad Ibrahim Johari yang menerima anugerah kepimpinan pelajar dan Anugerah Terbaik Keseluruhan telah dianugerahkan kepada saudara Salman Ahmad Faris.

mara3
Muhammad Ibrahim Johari penerima anugerah kepimpinan pelajar sempena majlis graduasi Kolej MARA Banting, baru-baru ini.

Ini membuktikan sistem pendidikan yang dipelopori MARA adalah antara yang terbaik di Malaysia dan dunia.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...