> KONVO > Seramai 1,700 graduan di raikan sempena Majlis Konvokesyen ke-23 MSU
Seramai 1,700 graduan di raikan sempena Majlis Konvokesyen ke-23 MSU
WARTAWAN KAMPUS UOLS Selasa | 14 Ogos 2018

SHAH ALAM - Management & Science University (MSU) menyaksikan sambutan penuh bermakna dalam meraikan kejayaan para graduan yang menamatkan pengajian pada peringkat pasca siswazah, ijazah sarjana muda dan diploma serta penganugerahan ijazah doktor kehormat pada Majlis Konvokesyen MSU ke-23 baru-baru ini.

Ijazah Doktor Kehormat dalam Keusahawanan (Honorary Doctorate in Entrepreneurship) dianugerahkan kepada tokoh korporat terkemuka negara, Tan Sri Dr Lim Wee Chai, Pengerusi Eksekutif dan Pengasas Top Glove Corporation Bhd. Penganugerahan ini adalah mengiktiraf peranan beliau dalam memacu perkembangan Top Glove sebagai peneraju pengeluar sarung tangan terbesar di dunia.

Manakala tokoh pendidikan antarabangsa, Maurice K. Dimmock selaku Pengerusi Accreditation Service for International Schools, Colleges & Universities (ASIC) pula menerima Ijazah Doktor Kehormat dalam Pengurusan Pendidikan (Honorary Doctorate in Education Management). Beliau memberikan sumbangan besar dalam mempelopori peningkatan standard kualiti bidang pendidikan antarabangsa di peringkat global.

KONVO MSU 2

Ijazah kehormat itu disampaikan Pro-Canselor MSU, Tan Sri Datuk Seri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin sempena pembukaan sidang pertama majlis konvokesyen kali ini. Turut hadir ialah Presiden MSU, Profesor Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab. Yajid dan Naib Canselor MSU, Profesor Puan Sri Datuk Dr Junainah Abd Hamid.

Seramai 1,700 graduan diraikan sempena Majlis Konvokesyen MSU ke-23 yang berlangsung selama dua hari melibatkan tiga sidang. Secara keseluruhannya, seramai 36 graduan bakal menerima ijazah Pasca Siswazah, 1,113 graduan menerima ijazah Sarjana Muda dan seramai 551 graduan menerima Diploma masing-masing pada majlis konvokesyen kali ini. Turut diraikan ialah graduan sulung bagi program Diploma in Music Technology

Manakala lima kategori anugerah khas kecemerlangan turut diberikan kepada 53 graduan atas pencapaian mereka dalam bidang pengajian masing-masing. Mereka adalah Anugerah Pingat Emas Canselor: Arivananthan Kanakasundar, Bachelor of Biomedical Science (Honours), Anugerah Presiden: Nur Kamarina Tajuddin, Bachelor of Counselling and Guidance (Honours) dan Era Masturah Ramlee, Diploma in Fashion Design. Manakala Azral Ismawy Ahmad, Bachelor of Medical Sciences (Honours) bakal menerima Mohd Shukri Yajid Outstanding Award dan 24 graduan masing-masing menerima Anugerah Akademik.

KONVO MSU

Sementara itu, 25 graduan menerima Anugerah Industri melibatkan syarikat-syarikat korporat seperti Top Glove Corporation Berhad, Bank Negara Malaysia, Permodalan Nasional Berhad, Sirim Berhad, Puncak Niaga Holdings Berhad, Celcom Axiata Berhad, Philips Malaysia Sdn Bhd, Affin Islamic Bank Berhad, Malaysian Institute of Accountants, Acer Malaysia Sdn Bhd, SP Setia Foundation, Hospital UMRA, Holiday Inn Glenmarie Kuala Lumpur, I-City Properties Sdn Bhd, Ascendsys Sdn Bhd, Topcon Instruments (Malaysia) Sdn Bhd, Malaysian Hoya Lens Sdn Bhd, Brown Hospital (Sri Lanka) dan lain-lain.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...