> KONVO > 5,165 graduan ILKBS dijangka konvo 4 & 5 September nanti
5,165 graduan ILKBS dijangka konvo 4 & 5 September nanti
WARTAWAN KAMPUS UOLS Khamis | 16 Ogos 2018

Seramai 5,165 graduan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Malaysia akan dianugerahkan Diploma Lanjutan Teknologi (30), Diploma Teknologi (1115), Sijil Lanjutan Teknologi (2622) dan Sijil Teknologi (1398) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya 4 dan 5 September depan.

Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) Dr. Wasitah Mohd Yusof berkata, kesemua graduan dari lapan buah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), 10 Instititut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) akan menghadiri Konvokesyen dalam tiga sesi selama dua hari.

Katanya, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan menyempurnakan perasmian Konvokesyen ILKBS Ke-14 pada hari pertama dengan penyampaian kepada diploma dan sijil kepada para graduan serta Anugerah Graduan Terbaik ILKBS juga Anugerah Khas Menteri. Anugerah Khas Menteri Belia dan Sukan merupakan satu pengiktirafan peringkat tertinggi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang dianugerahkan kepada Industri yang telah memberikan sumbangan luar biasa terhadap pembangunan belia ILKBS khususnya dalam pembangunan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Steven Sim Chee Keong pula akan menyampaikan diploma dan sijil serta Anugerah Ikon ILKBS bagi Kategori Usahawan Cemerlang dan Kategori Pekerja Cemerlang pada hari berikutnya.

“Konvokesyen kali ini juga akan menyaksikan penganugerahan ILKBS Terbaik yang memberi pengiktirafan dan penghargaan kerana berjaya mencapai tahap kualiti pengurusan yang sangat cemerlang.

“Ini melibatkan aspek kewangan, operasi latihan termasuk pengurusan pembelajaran dan pengajaran, pengurusan hal ehwal pelajar, indeks pencapaian utama (KPI) merangkumi elemen program transformasi ILKBS serta penglibatan dalam khidmat masyarakat dan kesukarelaan,” kata Dr. Wasitah.

Dalam pada itu pelbagai program juga telah dirancang sempena Konvokesyen ILKBS ke-14 yang diadakan di PICC Putrajaya ini yang membabitkan pameran dari Industri dan juga 13 bidang kemahiran di ILKBS.

Bagi memberi peluang kepada lepasan ILKBS untuk memperkenal serta mempromosi produk mereka, pihak urusetia juga menyediakan booth untuk perkhidmatan fotografi, jualan produk ILKBS, jualan bunga, cenderamata, demonstrasi dalam bidang kemahiran dan persembahan khas pelajar.

Bagi lepasan ILKBS dan yang akan berkonvo pihak urusetia juga menyediakan booth khas untuk mendaftar sebagai Alumni ILKBS dan mendapatkan Lencana atau Button Badge ‘Proud ILKBS’ Alumni untuk disematkan pada jubah mereka.

Konvokesyen ILKBS ini diadakan setiap tahun bagi memberi memberi pengiktirafan pencapaian pelajar-pelajar ILKBS terhadap usaha serta semangat yang ditunjukkan sepanjang mengikuti latihan kemahiran di ILKBS, selain daripada platform dalam memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh ILKBS melalui latihan kemahiran yang dilaksanakan di ILKBS.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...