> AKTIVITI KAMPUS > Lebih 700 peserta beryoga di lapangan Aimst University
Lebih 700 peserta beryoga di lapangan Aimst University
GOKINA MORGANAN Khamis | 16 Ogos 2018

SUNGAI PETANI - Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (Aimst University) buat julung kali menjalinkan kerjasama dengan tiga badan bukan kerajaan (NGO) untuk merayakan Hari Yoga Sedunia, di kawasan lapang universiti berkenaan.

Naib Canselornya, Profesor Emeritus Dr Harcharan Singh Sindu berkata senaman itu dihadiri lebih 750 peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, bangsa dan peringkat umur.

Katanya, program senaman itu melibatkan kolaborasi diterajui pemimpin dan sukarelawan penganjur utama, Mathava Jothi Tapovanam yang diketuai Dr Kesavan Arumugam, penganjur bersama, The Art of Living yang diketuai oleh Shanker Ganesh dan Persatuan Antarabangsa (Nilai Manusia) diketuai Tan Boon Yang.

Antara tetamu jemputan khas yang turut serta dalam Sambutan Hari Yoga Sedunia 2018.
Antara tetamu jemputan khas yang turut serta dalam Sambutan Hari Yoga Sedunia 2018.

“Aimst University menjadi tuan rumah menganjur program senaman secara besar-besaran di bawah Pendaftar, Profesor Dr Kathiresen Sathasivam.

“Saya amat gembira, program ini mendapat sambutan dan sokongan daripada Exco Hal Ehwal Masyarakat India dan Perpaduan, R Summugam dan wakil dari Suruhanjaya Tinggi India Kuala Lumpur yang juga Penasihat Hal Ehwal Masyarakat dan Buruh, Nishit Kumar Ujjwal,” katanya.

Harcharan berkata, dengan suasana persekitaran kampus yang berlandskap hijau yang indah itu, sangat sesuai program senaman yoga diadakan untuk peserta yang terdiri daripada berbilang kaum, agama dan peringkat usia.

Sebahagian peserta dan tetamu jemputan khas melakukan senaman yoga ketika menyertai Sambutan Hari Yoga Sedunia 2018 di Aimst University.
Sebahagian peserta dan tetamu jemputan khas melakukan senaman yoga ketika menyertai Sambutan Hari Yoga Sedunia 2018 di Aimst University.

Menurutnya, senaman yoga dapat memanfaatkan dalam memberi fokus dan memupuk kesedaran ke atas tubuh, postur dan pernafasan yang diamalkan.

“Yoga juga sangat menenangkan dan dapat membantu menghilangkan tekanan dialami akibat persekitaran, pekerjaan dan permasalahan harian yang lain. Ia juga satu senaman holistik yang boleh dipraktikkan masyarakat tanpa mengira kaum, umur dan jantina,” katanya.

Acara itu mendapatkan sambutan luar biasa daripada pelbagai lapisan masyarakat yang mula berkumpul seawal jam 5 pagi selaras dengan amalan budaya hidup sihat, dalam kehidupan seharian.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...