> KONVO > 2,445 graduan diraikan sempena konvokesyen ke-31 UCSI
2,445 graduan diraikan sempena konvokesyen ke-31 UCSI
AMMALINA MUHAMMAD AFFANDI, UCSI Khamis | 23 Ogos 2018

Majlis Konvokesyen Universiti UCSI kali ke-31 telah berlangsung dengan meriahnya di Dewan Tan Sri Ahmad Razali Universiti UCSI Kampus Kuala Lumpur (DETSAR), baru-baru ini dan memperlihatkan seramai 2.445 graduan diraikan dengan penuh istiadat dan penghormatan.

Naib Canselor dan Presiden Universiti UCSI, Profesor Kanan Datuk Dr Khalid Yusoff berkata, “Dengan reputasi UCSI yang disenaraikan dalam 2% universiti terbaik di dunia di dalam penilaian QS World University Rankings 2019, ianya menjadi menjadi satu tanggungjawab untuk kami semua terus berusaha meningkatkan kecemerlangan prestasi kami. Saya percaya jika ada kemahuan, di situ ada jalan.

“UCSI sentiasa menyiap-sediakan pelajar dengan pengetahuan teori dan aplikasi untuk menghadapi realiti kehidupan dan kerjaya yang sebenar. Kami percaya para graduan hari ini sudah bersedia untuk mara ke langkah seterusnya. Tahniah saya ucapkan,” katanya.

Tahun ini, Anugerah Chancellor’s Gold Medal menjadi milik seorang gadis yang amat dedikasi terhadap minat dan pengajiannya iaitu Cherish Chong. Gadis ini menyerlah di antara semua rakan-rakan seperjuangannya dari pelbagai sudut dan dikenali kerana reputasinya sebagai pelajar UCSI yang pertama dipilih oleh Universiti Harvard untuk program Harvard Medical School’s Global Research Clinical Scholars Training Programme pada tahun 2014.

Menariknya, Cherish dipilih oleh Universiti Harvard untuk melanjutkan kajian perubatannya di sana walaupun ketika itu beliau masih belum menerima ijazah. Tetapi pada hari bersejarah ini, secara rasminya beliau akan menerima Ijazah Doktor Perubatan.

“Saya tidak akan lupakan jasa UCSI yang telah bertungkus-lumus menyiap-sediakan saya untuk ke Harvard,” katanya.

Gary Poh Kwor Xiang, seorang pelajar dengan rekod keputusan peperiksaan dan prestasi yang sentiasa merosot ketika waktu persekolahannya, tidak menyangka minatnya terhadap bidang sains mula berkembang dan menempatkannya di UCSI Universiti. Hari ini, beliau akan menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kimia sebagai Valedictorian, wakil pelajar dengan prestasi terbaik tahun ini.

Dengan tahap kecemerlangan akademiknya, Gary terpilih untuk ke Imperial College London, United Kingdom untuk melanjutkan kajian canggihnya terhadap robot-nano. Pengalaman Gary di London telah memberi peluang kerjaya di syarikat antarabangsa terkemuka di Jepun.

Sementara itu, Ira Natashya Khoo, 23, berasal dari Pulau Pinang yang menerima ijazah Sarjana Muda Seni Komunikasi, kepujian kelas pertama, berkata, “Saya pernah jatuh sakit kerana terlalu stres sehingga sukar untuk menyiapkan tugasan saya dan tidak berupaya untuk hadir ke kelas. Namun, saya bersyukur kerana saya mempunyai pensyarah kegemaran dan sahabat yang sangat memahami serta memberi sokongan dari segi emosi dan akademik sehingga saya berjaya hari ini. Saya berterima kasih kepada mereka di atas kejayaan saya hari ini.

“Jujurnya, kadang-kadang saya rasa memang tidak akan wujud keseimbangan antara pelajaran dan hidup sosial saya. Pengalaman saya belajar di UCSI telah memperbaiki cara saya menguruskan masa dan memperbaiki pertimbangan untuk membuat keputusan penting di dalam hidup saya di mana pastinya akan saya praktikkan bila saya bekerja suatu hari nanti,” katanya.

Graduan yang berasal dari Terengganu, Nur Amalina Azmi yang menerima Sarjana Muda Kesenian Pendidikan dan Bahasa Inggeris, kepujian kelas pertama turut menghadapi masalah untuk menguruskan masa ketika belajar. Namun itu bukanlah penghalang buat gadis ini untuk mencapai kejayaannya untuk mendapat ijazah pangkat pertama. Katanya, “Cabaran terbesar saya untuk sampai ke tahap ini adalah pengurusan masa. Saya mengalami kesukaran ketika belajar kerana saya sangat aktif dengan aktiviti kokurikulum. Namun dengan bantuan keluarga, rakan-rakan seperjuangan, pensyarah-pensyarah dan semua pihak yang telah membantu saya, saya telah kecapi impian saya.

“Pengalaman yang saya peroleh di UCSI telah mematangkan saya dan menyedarkan saya tentang nilai-nilai kehidupan yang sebenar. Saya belajar untuk bersikap terbuka dan menghormati pandangan orang lain meskipun tidak berkongsi pendapat yang sama ketika latihan industri.”

Turut hadir menyerikan majlis konvokesyen UCSI ini adalah Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad, Canselor Universiti UCSI, Tan Sri Datuk Seri (Dr) Musa Mohamad, Penasihat Kumpulan UCSI, Datuk (Dr) Peter Ng, Pengasas Kumpulan UCSI dan Datuk (Dr) Hj Mohammad Karim Hj Abdullah Omar, Pengerusi Amanah Universiti UCSI.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...