U-Know > TEMPAT LEPAK > Roti tempayan cheese tarik tinggi-tinggi!
Roti tempayan cheese tarik tinggi-tinggi!
ADILA SHARINNI WAHID 27 August 2018

KOTA BHARU - Lembut, gebu rasa roti tempayan yang dihasilkan pemuda ini ditambah pula dengan timbunan keju di dalamnya yang boleh ditarik tinggi-tinggi menambahkan lagi keterujaan kepada penggemar roti itu.

Roti tempayan cheese atau keju bertimbun itu dijual di Kedai Roti Tempayan 3 Abdul di Cabang Tiga Landak, Pengkalan Chepa, diusahakan pemuda lepasan universiti, Mohamad Bukahari Ismail bersama rakannya, Mohamad Farid Ahmed masing-masing berusia 24 tahun.

Mohamad Bukahari berkata, dia mula belajar menghasilkan roti tempayan melalui majikannya yang berketurunan Arab ketika bekerja di sebuah kedai makan selepas tamat pengajian Ijazah Psikologi di Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Selepas belajar saya kerja di sebuah kedai roti tempayan dan pada masa sama belajar cara menguli roti berkenaan supaya lembut dan sedap dimakan.

“Mula-mula memang susah, tapi bila dah terbiasa dan tahu cara menguli, roti tempayan yang dihasilkan akan kekal lembut walaupun berada dalam suhu biasa,” katanya.

Menurutnya, ketika awal perniagaan, dia berjaya menjual 120 roti tempayan daripada sembilan kilogram gandum yang diuli setiap hari.

Permintaan roti tempayan itu kini meningkat kepada 400 keping setiap hari dan memerlukan 24 kilogram sehingga 27 kilogram gandum sehari.

“Alhamdulillah pelanggan tak ambil masa yang lama untuk mengenali kedai saya dan dari hari ke hari pelanggan semakin bertambah. Setiap hari saya peruntukkan empat kilogram keju bagi menghasilkan roti tempayan cheese yang lazat dan digemari ramai.

“Saya tak ada rahsia roti lembut, hanya uli gandum dengan senyuman,” katanya diselangi ketawa.

Sementara itu, seorang pelanggan, Mohamad Aizuddin Abdullah berkata, roti tempayan cheese di kedai tersebut menjadi pilihannya kerana rasa roti yang gebu selain keju yang banyak diletakkan di dalam roti itu.

“Roti ini juga sedap dimakan dengan kari ayam, kambing atau daging cincang. Keju yang banyak buat kita rasa cepat kenyang, tapi kelazatannya itu buat kita teringin nak makan setiap petang,” katanya.

Seorang lagi pelanggan, Abdullah Idris berkata, dia akan ke kedai itu pada setiap petang untuk menikmati roti tempayan cheese bersama keluarga.

“Biasanya kalau roti canai biasa susah saya nak habiskan, tapi roti tempayan di kedai ini lain sedikit kerana teksturnya yang gebu dan lembut ditambah pula kuahnya yang pekat memang menambat selera,” katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...