> IKON > Siapa sangka siswi persis model ini seorang yang berjiwa kental tempuh gelora dunia maritim
Siapa sangka siswi persis model ini seorang yang berjiwa kental tempuh gelora dunia maritim

ASALNYA dia sekadar suka-suka saja mengisi borang pada iklan kemasukan yang tertera di laman sosial facebook rasmi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) meskipun gadis berketinggian 166 sm persis model ini sendiri tidak tahu pun peranan sebenar bidang atau kerjaya 'anak kapal' ini.

Namun, siapa sangka termasuk dirinya sendiri, dalam pada suka-suka itu, si pemilik nama Tan Chiew Sia ini berjaya terpilih sebagai salah seorang kadet daripada 39 orang keseluruhannya yang diterima untuk mengikuti pengajian dalam jurusan Sarjana Muda Sains, Fakulti Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim di UMT.

Bersama ibu dan bapa yang menjadi sumber inspirasi utama Tan.
Bersama ibu dan bapa yang menjadi sumber inspirasi utama Tan.

“Saya sebenarnya tak sangka sama sekali sebab pada mulanya saya hanya sekadar suka-suka isi borang kemasukan dan menghadiri temu duga jurusan tersebut. Jurusan ini memerlukan daya ketahanan fizikal dan mental yang kental selain memiliki penglihatan yang baik,” ujarnya yang kini berada dalam tahun tiga jurusan ini membuka cerita.

HARUNGI CABARAN LAUTAN BIRU

Menurut Tan lagi, salah satu matlamat UMT sebagai sebuah sebuah pusat pendidikan maritim terulung di Malaysia yang menawarkan kursus mengambil masa selama empat tahun pengajian ini adalah bagi melahirkan krew perkapalan profesional.

Sedang melakukan Radar plotting test.
Sedang melakukan Radar plotting test.

“Meskipun pekerjaan sebagai kadet perkapalan lebih didominasi golongan lelaki, namun ia tidak menghalang saya dan pelajar wanita lain bersama-sama mengharungi cabaran untuk belayar di lautan biru.

“Saya berterima kasih kepada pihak UMT kerana membuka peluang yang lebih luas kepada kami untuk menjadi sebahagian daripada anak kapal kelak. Selain belajar teori di sini, kami juga didedahkan dengan pelbagai latihan secara praktikal di laut,” tambahnya sambil menyarankan agar lebih ramai golongan muda menceburi bidang ini.

“Bidang maritim sememangnya menawarkan prospek kerja yang sangat luas dan wajar diceburi golongan muda yang berminat,” katanya lagi.

PENGALAMAN DI EROPAH

Selain bidang maritim, Tan juga berkesempatan menimba pengalaman lain di luar negara apabila menyertai Explorer UK 2017, program musim panas yang dijalankan Aston University, Birmingham, England dengan tajaan sepenuhnya oleh Persatuan Alumni Universiti Aston Malaysia (AUAAM) dengan kerjasama Pendidikan Tinggi Malaysia.

Ketika mengikuti program Explorer UK di Princess Towel Warwick Castles, Warwick England.
Ketika mengikuti program Explorer UK di Princess Towel Warwick Castles, Warwick England.

“Objektif bagi program ini adalah untuk membantu pelajar dan memberi pendedahan mengenai isu-isu semasa seperti aspek sosial, politik, imigrasi, pendidikan, kebudayaan, pergaulan dan sebagainya.

“Sepanjang program ini, saya dapat ramai kawan dan benar-benar enjoy bukan sahaja dari segi akademik, malah juga sosial. Saya dapat melihat diri saya sebagai orang baru pada akhir program,” katanya teruja sambil mengucapkan terima kasih kepada AAUAM kerana memberikannya peluang melihat dan merealisasikan potensi sebenar sebagai langkah pertama untuk bersiap sedia menghadapi dunia luar sebaik menyelesaikan pengajian kelak.

PEMBENTANG TERBAIK MASTIC 2018

Satu lagi pencapaian cemerlang diraih Tan ialah apabila dipilih Pembentang Terbaik (Best Presenter) dengan tajuk pembentangan kajian The Importance of Maritime English Proficiency in Other Marine Related Undergraduate Programs di 1st International Safety Conference MASTIC 2018 di Bintang Bali Resort, Bali.

Bersama pensyarahnya, Kapten Noor Apandi Osnin (kiri) dan Mohd Hafizi Said (kanan) ketika penerimaan Anugerah Pembentang Terbaik di 1st International Maritime Safety Conference.
Bersama pensyarahnya, Kapten Noor Apandi Osnin (kiri) dan Mohd Hafizi Said (kanan) ketika penerimaan Anugerah Pembentang Terbaik di 1st International Maritime Safety Conference.

Bertemakan Memupuk Pengetahuan, Profesionalisme dan Rangkaian Ke Arah Keselamatan Maritim Global dan Perlindungan Alam Sekitar, selain Malaysia, MASTIC 2018 yang menjadi medium terbaik penyelidik dan pelajar dalam mendalami maklumat dan pengalaman untuk memastikan penyelidikan terkini, pembangunan teknologi dan inovasi berkaitan keselamatan maritim, turut menerima penyerahan kertas kajian dari dari Indonesia, Norway, Jepun, Australia, China, United Kingdom, Korea Selatan, Sweden dan Taiwan.

TAN CHIEW SIA

PROFIL

Nama: Tan Chiew Sia

Asal: Pasir Mas, Kelantan

Adik-beradik: 4 beradik, anak ke-3

Pendidikan:

- Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yok Eng

- Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong (Tingkatan 1-3)

- MRSM Kuala Terengganu (Tingkatan 4-5)

- Diploma dan kini sedang mengikuti peringkat ijazah di UMT

Pencapaian Kebangsaan 2013-2015:

- Atlet catur bagi Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM)

- Menyertai Kejohanan Tertutup Catur UMT

- Menyertai Program Star (Keperibadian Unggul Akademik Cemerlang)

- Kejohanan Catur Sektor Pendidikan Terengganu Peringkat Negeri Terengganu Siri 2.0 (ke-3)

- Water Sport - Monsoon Cup acara pelayaran Bot Foundation 36 (ke-5)

- Water Sport - Ezsail Championship acara Bot Laser Radial (ke-6)

2016:

- Bendahari Terhormat, Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

- Penerima Biasiswa Fair and Lovely 2016 (Unilever Malaysia)

- Semi-Finalist Marykay Beauty Contest

- Atlet catur bagi Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM)

- Memperoleh Lesen Selaman Scuba (Open Water 20 - RAID)

2017:

- Krew dan Peserta Konvensyen Pemimpin Mahasiswa Kebangsaan (KPMK)

- Menyertai Program Esprit De Corps

- Menyertai Langkawi International Maritime Aerospace Exhibition (LIMA)

- Women Cycling Convoy in conjunction with World Women’s Day 2017

- Memperoleh sijil Basic Training Oil and Chemical Tanker (BTOCT), Security Awareness (SA), Basic Traning (BT) dan Designated Security Duties (DSD) daripada Jabatan Laut Malaysia

2013-2018: Penerima Anugerah Kecemerlangan Dekan

Pencapaian Antarabangsa (2017-2018)

- Wakil universiti dalam sukan pelayaran 15th Royal Langkawi International Regatta (RLIR) dengan kemenangan tempat ke-4

- Wakil pelajar Malaysia sebagai Penerima Hadiah Latihan AUAAM Education Fund

- Duta Youth Ambassador for Peace anjuran Women’s Federation for World Peace (WFWP)


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...