> JOHOR > UTHM, universiti pertama dikunjungi Dr. Maszlee untuk rai dan sampaikan amanat kepada pelajar baharu
UTHM, universiti pertama dikunjungi Dr. Maszlee untuk rai dan sampaikan amanat kepada pelajar baharu
SURIAYATI BAHAROM, UTHM Isnin | 3 September 2018

BATU PAHAT - Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengunjungi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 2 September lalu untuk menemui pelajar baharu sempena berlangsungnya Minggu Haluan Siswa (MHS) bagi program sarjana muda.

UTHM merupakan universiti pertama yang dikunjungi beliau dengan tujuan meraikan kemasukan pelajar-pelajar baharu dan menyampaikan beberapa amanat kepada mereka dalam majlis yang berlangsung selama kira-kira dua jam di Dewan Sultan Ibrahim, kampus induk.

UTHM4

Dr. Maszlee dalam ucapannya menyeru mahasiswa agar terus berusaha bersungguh-sungguh sehingga mampu mencapai kejayaan dalam bidang akademik mahupun kokurikulum sebagai persediaan untuk mencurah bakti kepada negara kelak. Manakala bagi mendepani cabaran Industri 4.0, mahasiswa turut diseru untuk melengkapi diri mereka dengan pelbagai kemahiran sebagai persediaan untuk menembusi pasaran pekerjaan kelak.

Beliau turut berkongsi hasrat Kementerian Pendidikan yang ingin menerapkan budaya kebahagiaan, kasih sayang dan hormat-menghormati di sekolah dan universiti bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dan menyeronokkan. Tiga budaya ini akan disemai dan dipopularkan dalam bidang pendidikan, termasuk dalam kalangan pensyarah, guru serta pelajar sekolah dan universiti mahupun ibu bapa.

Dalam pertemuan tersebut Dr. Maszlee turut meraikan pasukan UTHM Everest Golden Quarter yang akan memulakan pendakian ke Kem Dasar Tertinggi Everest bermula 5 September ini sempena ulang tahun ke-25 UTHM dan sambutan Hari Malaysia, selain ingin mencipta nama universiti di dalam Malaysia Book of Records.

UTHM3

Sementara itu Naib Canselor UTHM, Profesor Ts. Dr. Wahid Razzaly pula dalam ucapannya turut mengalu-alukan kehadiran pelajar baharu ini ke UTHM dan berharap mereka dapat menggalas tanggungjawab sebagai pelajar universiti dengan sebaik mungkin.

”Saya yakin semua pelajar telah memilih universiti yang betul dan pihak kami akan sentiasa berusaha menyediakan ruang dan perkhidmatan terbaik untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Makanya adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyahut cabaran di sini dengan penuh iltizam dan dedikasi demi merealisasikan impian sendiri, ibu bapa juga negara,” katanya.

Untuk rekod, UTHM menerima seramai 2,469 pada hari pertama pendaftaran dan jumlah ini dijangka akan bertambah sehingga tamat tempoh rayuan.

UTHM2

Kesemua pelajar baharu ini menginap di kolej-kolej kediaman yang disediakan oleh pihak universiti dan perlu mengikuti MHS yang berlangsung selama seminggu bermula 2 hingga 8 September ini.

Sepanjang minggu tersebut mereka akan mengikuti beberapa sesi suai kenal bertujuan untuk mengenali kehidupan kampus dengan lebih dekat sekali gus merapatkan lagi hubungan dengan warga kerja universiti.

UTHM1


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...