> KELANTAN > UMK tawar 3,132 tempat kepada mahasiswa
UMK tawar 3,132 tempat kepada mahasiswa
SAPINAH AB GHANI Isnin | 3 September 2018

JELI- Sebanyak 3,132 tempat ditawarkan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kepada mahasiswa baharu bagi sesi September 2018/2019 yang mula mendaftar semalam.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Mohd Rafi Yaacob berkata, daripada jumlah tersebut seramai 2100 sudah mendaftar di ketiga-tiga kampus UMK (Kota, Bachok dan Jeli) pada hari pertama pendaftaran.

“Jumlah tersebut melibatkan mahasiswa dari 24 program ijazah sarjana muda yang ditawarkan melalui lapan fakulti.

“Ia melibatkan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK), Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), Fakulti Senibina dan Ekistik (FAE), selain Fakulti Industri Asas Tani (FIAT), Fakulti Sains Bumi (FSB) dan Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT)," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Terdahulu, Mohd Rafi menghadiri Majlis Amanat Naib Canselor sempena Minggu Mesra Mahasiswa (3M) UMK Sesi 2019/ 2019 di sini.

Dalam pada itu, Mohd Rafi berkata, sebahagian besar mahasiswa yang terpilih mengikuti program pengajian di UMK terdiri daripada mereka yang meletakkan universiti awam berkenaan sebagai pilihan teratas.

Mengulas mengenai peningkatan permohonan dalam kalangan mahasiswa baru, Mohd Rafi berkata, UMK menjadi pilihan kerana merupakan universiti awam berteraskan keusahawanan.

“Tidak dinafikan ramai berminat dengan agenda keusahawanan yang ada di UMK ini kerana ia bukan sahaja dapat melahirkan usahawan berjaya malah mampu mewujudkan peluang pekerjaan kepada diri sendir dan orang lain.

Mengulas lanjut, Mohd Rafi berkata, program 3M yang bermula semalam hingga 6 September ini bertujuan membiasakan mahasiswa dengan suasana, aktiviti dan kemudahan yang disediakan di universiti berkenaan.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...