> ISU > Anwar juga pernah dilantik Presiden UIAM
Anwar juga pernah dilantik Presiden UIAM
WARTAWAN SINAR HARIAN Rabu | 5 September 2018

KUALA LUMPUR - Pelantikan menteri sebagai presiden institusi pengajian tinggi (IPT) bukanlah perkara baharu malah dilihat tiada konflik mengenainya.

Bekas timbalan rektor hal ehwal pelajar (HEP) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr Mizan Hitam dalam laporan Malaysiakini berkata, pelantikan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik selaku Presiden UIAM tidak seharusnya dilihat mempunyai konflik kepentingan.

Menurutnya, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak juga pernah dilantik ke jawatan itu ketika menjadi menteri pendidikan.

“Lantikan itu tak ada konflik kepentingan dan Maszlee dalam kerajaan sekarang dan menteri pendidikan.

“Memang dalam sejarah sebelum ini menteri pendidikan pernah jadi presiden UIAM, itu sejarah,” katanya.

Anwar menjawat jawatan menteri pendidikan 1986 hingga 1991 dan memegang jawatan presiden UIA selama sepuluh tahun (1988 hingga 1998).

ARTIKEL BERKAITAN: Pelantikan Dr Maszlee sebagai Presiden UIAM cetuskan polemik

Najib pula memegang jawatan menteri pendidikan dari 1995 hingga 1999 dan dilantik menjadi presiden UIAM selama setahun (1998-1999).

Pada masa sama, Mizan yakin Maszlee bersikap profesional dalam menjalankan tugasnya malah keputusan yang akan dibuat adalah dilakukan secara bersama dalam ahli jawatankuasa.

“Saya tak fikir ada apa-apa masalah, saya fikir dia profesional, presiden ada lembaga dia, bukan sendirian bukan bertindak semberono saya cukup positif,” katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...