> MLK N.9 > Kursus Teknologi Kejuruteraan di UTEM terus catat peningkatan kemasukan pelajar baharu sesi 2018/2019
Kursus Teknologi Kejuruteraan di UTEM terus catat peningkatan kemasukan pelajar baharu sesi 2018/2019
MOHD KHAIRULHUSAINI MOHD SAAD, UTeM Khamis | 6 September 2018

DURIAN TUNGGAL - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menerima menerima pendaftaran seramai 1,981 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda bagi kemasukan Sesi 2018/2019 semalam.

Dengan itu secara keseluruhannya UTeM telah menerima seramai 2,673 pelajar baharu merangkumi 1,981 orang bagi Ijazah Sarjana Muda, 506 pelajar Diploma yang telah mendaftarkan diri bagi semester khas pada bulan Jun yang lepas serta seramai 186 pelajar ‘direct entry’ kemasukan Februari 2018.

Sesi pendaftaran yang bermula seawal pagi dan berakhir pada sebelah hujung petangnya menyaksikan kelancaran operasi pendaftaran untuk warga baharu universiti ini bertempat di Dewan Canselor Kampus Induk UTeM Durian Tunggal.

Sebahagian daripada pelajar baharu yang mendaftar semalam di Kampus Induk UTeM Durian Tunggal.
Sebahagian daripada pelajar baharu yang mendaftar semalam di Kampus Induk UTeM Durian Tunggal.

Menurut Naib Canselor UTeM Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib berkata, berdasarkan bilangan pendaftaran ini jelas menunjukkan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan telah mencatatkan bilangan tertinggi sebanyak 768 orang pelajar sehingga semalam.

Katanya, daripada 768 orang pelajar tersebut, seramai 419 orang pelajar akan mengikuti pengajian di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) manakakala seramai 349 orang pelajar pula di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan.

“Angka tersebut menunjukkan adanya peningkatan berbanding pada tahun lalu yang mana kemasukan bagi Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan dicatatkan sebanyak 678 orang sahaja”, ujar beliau.

Sebahagian daripada pelajar baharu yang mendaftar semalam di Kampus Induk UTeM Durian Tunggal bagi mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda.
Sebahagian daripada pelajar baharu yang mendaftar semalam di Kampus Induk UTeM Durian Tunggal.

Sementara itu bagi kursus-kursus lain mencatatkan pendaftaran sebanyak 339 orang pelajar bagi Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) serta 309 orang pelajar bagi Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan.

Manakala bagi kursus kejuruteraan pula diisi sebanyak 174 orang pelajar bagi Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), 89 orang bagi Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK), 168 orang bagi Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) dan 134 orang bagi Fakulti kejuruteraan Pembuatan (FKP).

Sebahagian daripada ibu bapa, waris atau keluarga yang hadir sama menghantar anak mereka mendaftar pengajian di UTeM sedang mendengar taklimat berkaitan dengan UTeM.
Sebahagian daripada ibu bapa, waris atau keluarga yang hadir sama menghantar anak mereka mendaftar pengajian di UTeM sedang mendengar taklimat berkaitan dengan UTeM.

UTeM terus menzahirkan kecemerlangan peranannya selaku universiti awam teknikal paling berprestij dalam negara ini kerana terus berjaya menjadi pengeluar utama graduan berkompetensi tinggi dan berdaya saing tinggi bagi pasaran tenaga buruh mahir dalam dan luar negara.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...