> SEL KL > Pemilihan Dr Maszlee bukan kerana beliau orang Bersatu, tetapi kerana...
Pemilihan Dr Maszlee bukan kerana beliau orang Bersatu, tetapi kerana...
WARTAWAN SINAR HARIAN Jumaat | 7 September 2018

PUTRAJAYA - Pemilihan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berdasarkan kualiti dan kelayakan yang ada pada beliau.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pemilihan Maszlee bukan dibuat kerana beliau 'orang' Bersatu, tetapi kerana kredibilitinya.

"Walaupun kita telah kata, orang daripada parti tak perlu masuk (dalam hal pentadbiran) tapi mereka ini bukan dilantik kerana parti tapi kerana kebolehan.

"Namun bukanlah sehingga mengisi seluruh pengarah eksekutif oleh orang parti, itu kita tidak lakukan," katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian dan Malaysiakini di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, semalam, menjawab kontroversi berhubung pelantikan Maszlee sebagai Presiden UIAM.

Sementara itu, mengulas pelaksanaan janji manifesto PH berhubung isu berkenaan, Dr Mahathir berkata, 'ada sebab Maszlee dilantik'.

"Ketika manifesto dibuat, kita masih dalam parti pembangkang dan kita anggap PRU14 pun kita akan kalah, tetapi sekarang kita menang, jadi kita dapati apakah mungkin kita beri tempat kepada orang yang tidak menyokong kita dulu, sebaliknya orang yang menyokong tidak mendapat tempat sama sekali," katanya.

Ditanya pemilihan Maszlee akan menimbulkan konflik kepentingan, Mahathir menafikan perkara itu.

"Walau apapun keputusan untuk meluluskan peruntukan adalah di bawah kuasa Kementerian Kewangan," katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...