> > Syed Zainal Abidin dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM
Syed Zainal Abidin dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM
BERNAMA 10 September 2018

PUTRAJAYA - Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baharu berkuat kuasa Julai lepas.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata pelantikan tempoh tiga tahun tokoh berpengalaman dalam bidang korporat dan pendidikan itu adalah bagi menggantikan Tan Sri Dr Ahmad Zaidee Laidin yang memegang jawatan itu sejak Julai 2015.

Maszlee berkata Syed Zainal Abidin yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dalam jurusan Kejuruteraan daripada University of Maryland, Amerika Syarikat berpengalaman sebagai anggota panel penasihat industri bagi beberapa universiti awam dan swasta.

Beliau berkata tokoh berusia 55 tahun itu juga pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Induk Anugerah Akedemik Negara, Kementerian Pendidikan Malaysia selain menerajui Kumpulan Proton Holdings Bhd dan Perodua Auto Corporation Sdn Bhd.

Maszlee berkata selaku tokoh korporat yang dihormati dan disegani, beliau yakin Syed Zainal Abidin mampu mengemudi UiTM menjadi pusat pengajian tinggi yang dinamik untuk bergerak seiring dengan keperluan dan cabaran semasa.

Saya percaya kepimpinan beliau akan memberi suntikan baharu kepada kecemerlangan UiTM yang secara tidak langsung membantu hasrat kerajaan untuk terus memartabatkan sistem pendidikan negara, katanya.

Maszlee turut merakamkan penghargaan kepada Ahmad Zaidee atas sumbangannya sepanjang menyandang jawatan Pengerusi UiTM sehingga tempoh perkhidmatan berakhir Julai lalu. -Bernama


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...