U-In-News > UTARA > Raja Perlis berkenan anugerah 50 biasiswa PhD
Raja Perlis berkenan anugerah 50 biasiswa PhD
BERNAMA 10 September 2018

KUALA PERLIS - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menganugerahkan 50 biasiswa diRaja kepada rakyat Malaysia yang layak untuk melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tahun ini.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, untuk tujuan itu Tuanku Syed Sirajuddin berkenan supaya diwujudkan Kerusi Jamalullail di UIAM dan akan dipegang oleh seorang profesor selaku penyelia kepada penerima anugerah tersebut.

"Baginda menawarkan anugerah (biasiswa) ini buat kali pertama, berjumlah RM5 juta sebagai sokongan terhadap usaha kerajaan dan kementerian khususnya bagi membantu pembangunan pendidikan negara,” katanya kepada media di sini, malam tadi.

Terdahulu, Tuanku Syed Sirajudin berkenan menerima menghadap Maszlee di Istana Arau, di sini.

Maszlee berkata UIAM dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan bersama-sama memperincikan kriteria calon yang layak selain UIAM sendiri mencadangkan calon termasuk bidang​ pengajian. Beliau menambah keutamaaan akan diberikan kepada pemohon B40 termasuk anak-anak Perlis yang layak.​ -- BERNAMA


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...